CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"We Malaysians Lepak Sekali, Mamak Sekali" - Sebak! Ucapan Hari Merdeka Datuk Lee Chong Wei

31-8-2019 10:08 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 3426| Komen: 10|Original author: Mat Ah

Semenjak kebelakangan ini, negara tercinta kita Malaysia banyak terpalit dengan isu dan masalah yang melanda. Perpaduan di antara rakyat Malaysia diuji apabila isu panas seperti isu Dr. Zakir Naik, isu tulisan khat dan beberapa perlakuan bersifat perkauman yang memecah belahkan keharmonian di antara kaum di Malaysia.


Sumber Gambar: Mole.my
Meskipun tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India kadang kala bermasam muka, namun rakyat yang berbilang kaum di negara ini pasti akan bersatu hati apabila melibatkan sukan, badminton sebagai contoh. Jika anda masih ingat, seluruh rakyat Malaysia berpegang tangan dan bersatu hati menyokong Datuk Lee Chong Wei tidak kira apa pertandingan yang dimasuki oleh jaguh badminton itu.

Sumber Gambar: scmp.com
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-62 ini, Datuk Lee Chong Wei berkongsikan isi hatinya berkenaan isu yang melanda Malaysia dan harapannya terhadap negara tercinta ini.


"Kita rakyat Malaysia lepak sekali, mamak sekali, ambil berat di antara satu sama lain tidak mengira kaum. Kita bersorak untuk negara Malaysia. Adakah kita mahu bergaduh disebabkan satu suara yang mahu memecah belahkan keharmonian kita," luah Datuk Lee Chong Wei berkenaan isu yang melanda negara baru-baru ini.

Sumber Gambar: Awani
Sumber Gambar: New Straits Time
Benarlah sukan mampu menyatu padukan rakyat di sesebuah negara. Datuk Lee Chong Wei bukan sahaja lagenda badminton negara, tetapi beliau juga merupakan jambatan perpaduan yang menyatukan kita semua rakyat Malaysia. Melayu, Cina dan India, kita semua sama. Kita satu Malaysia! - CARI 


3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 31-8-2019 04:16 PM
Terharu guyss
Quote r_innalif 31-8-2019 05:48 PM
Sukan.. musik.. antara yg mnyatukan perpaduan. Thumbs up dato sbb myuarakn prkara simple tp bmakna sebegini
Quote nono86 31-8-2019 09:32 PM
Setuju dato. Malangnye tak ramai yang cerdik mcm dato
Quote GigaMom 31-8-2019 11:55 PM
Terharu sgt
Sesaat ai sedar
We Are Malaysian{:childlike
{:childlike
Quote seramado 1-9-2019 11:04 AM
Huhu kan {:cryrun
Quote chula 1-9-2019 11:07 AM
Betul tu dato’..
Quote chula 1-9-2019 11:08 AM
Betul tu dato’..
Quote PrincesCity 1-9-2019 11:14 AM
parah kan ....jgnla nk samakan smua kaum tu sama...mogok sana mogok sini...agaknya dah boring duk dlm negara aman kott
Quote cclina2 5-9-2019 04:20 PM
bukan kah alllah yg menjadikan kita semua berbilang kaun dan bangsa..supaya berkenal kenalan dah beramah mesra..tak paham la jenis yang racist ni..
Quote Bungalily19 21-9-2019 01:54 AM
Love betul lah dgn lcw {:iwant{:love

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.053846 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top