Semenjak kebelakangan ini, negara tercinta kita Malaysia banyak terpalit dengan isu dan masalah yang melanda. Perpaduan di antara rakyat Malaysia diuji apabila isu panas seperti isu Dr. Zakir Naik, isu tulisan khat dan beberapa perlakuan bersifat perkauman yang memecah belahkan keharmonian di antara kaum di Malaysia.
Sumber Gambar: Mole.my
Meskipun tiga bangsa utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India kadang kala bermasam muka, namun rakyat yang berbilang kaum di negara ini pasti akan bersatu hati apabila melibatkan sukan, badminton sebagai contoh. Jika anda masih ingat, seluruh rakyat Malaysia berpegang tangan dan bersatu hati menyokong Datuk Lee Chong Wei tidak kira apa pertandingan yang dimasuki oleh jaguh badminton itu.
Sumber Gambar: scmp.com
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-62 ini, Datuk Lee Chong Wei berkongsikan isi hatinya berkenaan isu yang melanda Malaysia dan harapannya terhadap negara tercinta ini.
"Kita rakyat Malaysia lepak sekali, mamak sekali, ambil berat di antara satu sama lain tidak mengira kaum. Kita bersorak untuk negara Malaysia. Adakah kita mahu bergaduh disebabkan satu suara yang mahu memecah belahkan keharmonian kita," luah Datuk Lee Chong Wei berkenaan isu yang melanda negara baru-baru ini.
Sumber Gambar: Awani
Sumber Gambar: New Straits Time
Benarlah sukan mampu menyatu padukan rakyat di sesebuah negara. Datuk Lee Chong Wei bukan sahaja lagenda badminton negara, tetapi beliau juga merupakan jambatan perpaduan yang menyatukan kita semua rakyat Malaysia. Melayu, Cina dan India, kita semua sama. Kita satu Malaysia! - CARI |