CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pilu..Bomba Tak Sangka Mangsa Lemas Sepupu Sendiri

30-8-2019 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2110| Komen: 17

Seorang anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat  (BBP) Jitra tidak menyangka pelajar tahfiz yang lemas di Sungai Kedah, Alor Setar adalah sepupunya. 


“Saya hanya tahu mangsa adalah sepupu saya sebaik ternampak ibu saudara menangis di tepi sungai sewaktu tiba di lokasi untuk melakukan operasi pencarian.

“Ketika itu saya tak sedap hati dan jadi tak seronok bila dapat tahu sepupu paling rapat dengan saya masih hilang sebelum mayatnya ditemui hari ini,” kata Nasri Abdullah, 27.

Kredit foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, Nasri berkata dia berasa sedih kerana menyertai operasi mencari ahli keluarga sendiri namun bersyukur kerana mangsa, Muhammad Syukri Amri Kadir, 19 dapat ditemui tidak sampai 24 jam.


“Arwah seorang yang hormat ahli keluarga memandangkan dia belajar di sekolah pondok dan di Mesir dan dia saudara dari sebelah ayah saya.

“Saya reda dengan apa yang berlaku walaupun sedih dengan kehilangannya,” katanya.

Terdahulu, seorang pelajar lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya di belakang Istana Anak Bukit, Alor Setar. 

Mayat kemudiannya ditemui pada 9.57 pagi hari ini oleh anggota PPDA yang melakukan selaman. - CARI 
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 30-8-2019 06:02 PM
Lama sungai anak bukit tak makan org..
Quote Kurex 30-8-2019 06:21 PM
Sabarlah abg...
Quote diggerr 30-8-2019 06:21 PM
Salam takziahhh
Quote shernazz 30-8-2019 06:36 PM
sarah82 replied at 30-8-2019 06:02 PM
Lama sungai anak bukit tak makan org..

Maknanya dia dh lapar la tu
Quote sarah82 30-8-2019 06:40 PM
shernazz replied at 30-8-2019 06:36 PM
Maknanya dia dh lapar la tu

Sungai tu dulu.. Boleh mudik masuk istana tau.. Kalu x salah sy.. Ni dekat2 dgn Rumah Rasmi MB.. Belakang tu ada batu yg ditutup.. Katanya batu batu belah.. Tak disahkan.

Biasanya dulu.. Bila ada org lemas kat sungai anak bukit depa takkan jumpa mayat kat situ.. Tapi biasanya jumpa kat Ampang jajar..

Lama x dengar kes lemas di Sg anak bukit.. Rasanya dah lbh 5 tahun.
Quote shernazz 30-8-2019 07:01 PM
sarah82 replied at 30-8-2019 06:40 PM
Sungai tu dulu.. Boleh mudik masuk istana tau.. Kalu x salah sy.. Ni dekat2 dgn Rumah Rasmi MB.. B ...

Nasib x baik la.mangsa tu..
Kesian kan..
Biasa juga dengar sungai nak korban ni..
Pakcik iols dolu penah berjalan sampai gua kerbau nun...dok tepi sungai nak masuk...nasib ada org situ nampak...huhuuuu...nasib lah ...
Katanya cm ada org panggil dia
Quote sarah82 30-8-2019 07:05 PM
shernazz replied at 30-8-2019 07:01 PM
Nasib x baik la.mangsa tu..
Kesian kan..
Biasa juga dengar sungai nak korban ni..

Gua kerbau.. Situ tak pernah sampai.. Tapi dengar org kata keras juga.. Tu la.. Biasanya mcm tu..

Dulu2 biasa dengar org lemas bila nak lumba perahu bila hari keputeraan Almarhum Tuanku.. Skrg tak tau la.. Lama rasanya tak ambik pot ttg lumba perahu
Quote shernazz 30-8-2019 07:09 PM
sarah82 replied at 30-8-2019 07:05 PM
Gua kerbau.. Situ tak pernah sampai.. Tapi dengar org kata keras juga.. Tu la.. Biasanya mcm tu..  ...

Kiranya dia nak balasan la sebelum lumba perahu tu ek?
Gua kerbau ni iols suka sebab cm.signature kodiang kan..kalau balik tgk tok iols...mmg iols akan singgahnsitu sambil throwback kesah kesah meredah hujan nak pi situ..hahaha
Quote sarah82 30-8-2019 07:12 PM
shernazz replied at 30-8-2019 07:09 PM
Kiranya dia nak balasan la sebelum lumba perahu tu ek?
Gua kerbau ni iols suka sebab cm.signatur ...

Katanya setiap kali nak buat lumba perahu pawang istana turun buat something.. Kalau x buat.. Mau melintang buaya putih.. Dengar org citer saja.. Tak pernah tgk dgn mata sendiri.. Tapi mmg situ dulu tempat diaorg yg bela2 lepas belaan..
Quote haziqah 30-8-2019 07:36 PM
sarah82 replied at 30-8-2019 06:02 PM
Lama sungai anak bukit tak makan org..

Biasanya org luaq, bukan org kg situ
Quote sarah82 30-8-2019 07:37 PM
haziqah replied at 30-8-2019 07:36 PM
Biasanya org luaq, bukan org kg situ

Yap.. Jarang dengar org situ lemas.. Org luar.. Arwah pun bukan org situ kan?
Quote natrahn 30-8-2019 07:45 PM
Allahuakhbar.. Ajal dia.. Al fatihah
Quote CatMiow 30-8-2019 07:47 PM
Takziah....
Quote Perawankota 30-8-2019 11:38 PM
Takziah buat keluarga mangsa
Quote batmana 31-8-2019 01:01 PM
bukan kwsn larangan mandi ke kt situ?
Quote -Suri- 3-9-2019 12:51 AM
Takziah utk abg bomba sekeluarga
Quote cclina2 5-9-2019 04:00 PM
allahu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.045569 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top