CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Tikam Kawan Baik Sebab Tak Nak Jadi Kekasih

30-8-2019 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3253| Komen: 15

Remaja lelaki mengaku bersalah membunuh kawan baik hanya kerana mangsa enggan menjadi teman wanitanya.

The Guardian melaporkan, mayat Ellie Gould, 17, ditemui dengan beberapa kesan luka tikaman di rumah keluarganya di Calne, Wiltshire pada 3 Mei lalu.


Difahamkan, Thomas Griffiths, 17, ditahan pada hari sama mayat mangsa ditemui.


Kredit foto: PA

Mahkamah Bristol Crown menetapkan 8 November sebagai tarikh jatuh hukum.

Sementara itu, Daily Mail melaporkan sumber terdekat berkata, Griffiths mahu perhubungannya dengan mangsa lebih dari sekadar kawan baik.

Bagaimanapun, Elly dikatakan tidak bersedia dan tiada masa untuk menjalin hubungan serius.

"Dia (Elly ) beritahu bahawa mereka akan bertemu setiap hari di sekolah, namun jelas ianya tidak cukup buat Griffiths," katanya.


Kredit foto: PA

Manakala, sumber terdekat tertuduh memaklumkan remaja lelaki itu tertekan sejak bapanya disahkan menghidap kanser. - CARI
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 30-8-2019 02:35 PM
Sampai macam tu sekali..
Quote Kurex 30-8-2019 02:41 PM
Adik... Kurex kan ada...
Quote chicozinn 30-8-2019 03:16 PM
Kurex replied at 30-8-2019 02:41 PM
Adik... Kurex kan ada...

sanggup ko ea nk ngan bakal banduan?xtakut kene bunuh ke dekkk?
Quote Artemesiaa 30-8-2019 03:22 PM
Muda2 dah psycho
Quote Kurex 30-8-2019 03:29 PM
chicozinn replied at 30-8-2019 03:16 PM
sanggup ko ea nk ngan bakal banduan?xtakut kene bunuh ke dekkk?

dia akan ditundukkan dengan jurus jasadku tidak bernyawa kalau dia nak cuba bunuh kurex
Quote mieymiey 30-8-2019 04:00 PM
Kesian si kawan tu
Quote sukacactus 30-8-2019 04:46 PM
Eh ingat Ellie Goulding td
Macam bagus je budak laki ni dgn smirk gitu
Baru kena friendzone dah mental
Quote Fleur81 30-8-2019 04:53 PM
Tengok muka pun dah nampak mental..tak pasal2 kawan jadi mangsa
Quote lipans 30-8-2019 05:16 PM
kena friendzone... nak marah pulak.
Quote gigahertz 31-8-2019 02:04 PM
Fleur81: Tengok muka pun dah nampak mental..tak pasal2 kawan jadi mangsa

dah tgk bumblebee 2018 ke? ada insiden heroin friendzone hero.
Quote CatMiow 31-8-2019 08:32 PM
Saikonya,  harap berubah,  kalau tak jadi laki,  asyik nak pukul bini sja nt.
Quote RatuDunia94 1-9-2019 05:18 PM
Budak laki ni kalau dtg malaysia kan bagus.. mesti ditatang oleh ummah kokosen lovers..
Quote mesmerize 1-9-2019 08:20 PM
baru 17 dah gatal nak couple. pastu kena reject marah sampai membunuh. takde pedoman sungguh.
Quote -Suri- 1-9-2019 08:45 PM
Tak pasal2 meninggal org tu
Quote ReginaGeorge 1-9-2019 08:49 PM
Cantik pompuan tu.. Sweet. Mungkin cara dia tolak cinta tu kasar kot. Mungkin dia malukan lelaki tu depan kawan-kawan sekolah. Pepon memang tak patutlah dia bunuh..anak orang tak nak tak payah la paksa. Focus je kat ayah yang sakit tu. Tapi tak kena kat kita boleh la cakap kheunsss..semoga dijauhi dari keturunan ku. Amin.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.377337 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top