CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ayah Tiada Di Rumah, Budak 12 Tahun Hampir Kena Rogol Rakan Sendiri

26-8-2019 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7003| Komen: 33

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dicabul dan hampir saja dirogol oleh rakannya sendiri, di rumah bapa mangsa di Kuala Ibai, Kuala Terengganu Rabu lalu. 

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berlaku ketika mangsa ke rumah bapanya bersama tiga rakan lelaki pada jam 4.30 pagi. 

“Bagaimanapun, apabila tiba mangsa mendapati ayahnya tiada di rumah.

“Mereka memecahkan kunci untuk masuk ke rumah dan ketika berada di rumah, mangsa berborak sambil menonton televisyen.

“Sejam kemudian, mangsa masuk ke bilik untuk tidur dan diekori salah seorang rakannya.

Foto: Carian internet

“Suspek bertindak meraba dan menanggalkan pakaian mangsa serta cuba merogolnya di dalam bilik, namun kemudian beredar meninggalkan rumah,” menurut satu sumber. 

Mangsa difahamkan menceritakan kejadian itu kepada bapanya sehari selepas kejadian. 

“Susulan itu bapa mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 11 malam, hari sama.

“Mangsa turut dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan polis sudah merakam percakapan mangsa serta melakukan siasatan di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu lagi. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 26-8-2019 12:55 PM
dah kenapa bawak sampai 3 orang kawan lelaki balik rumah ayah, dik? jam 4.30 pagi pula.. tak tido ke dik? esok kan sekolah.. hmmm
Quote sfrnna 26-8-2019 01:02 PM
4.30 pagi kot. Dah salah sendiri. Nasib baik si jantann tu tetiba sedar. Kalau x habis kena rogol. Lagi berganda trauma {:dot
Quote Kurex 26-8-2019 01:18 PM
Budak laki tu sebaya ke
Quote beta_carotene 26-8-2019 01:19 PM
BKD.......
Quote slavehunter 26-8-2019 01:21 PM
Budak 12 tahun perempuan pergi rumah ayah dia pukul 4.30am? Bawak kawan lelaki sekali? Oh my....i ingat kawan bapak dia yang cuba....
Quote sidewinder 26-8-2019 01:55 PM
apa nak heran .....kes pelik2 gini biasa jadi kat gannu......makang ikang banyok ngat ni
Quote sidewinder 26-8-2019 01:56 PM
apa nak heran .....kes pelik2 gini biasa jadi kat gannu......makang ikang banyok ngat ni
Quote Chairman 26-8-2019 02:06 PM
kol 430am n diorg berumur 12tahun?!! br blk tgk bola ke ape?! tp champions league pn lom start lg..

aduiiiiiii
Quote salmon-suki 26-8-2019 02:18 PM
Ohemgeee!! Kol 4.30am balik runah bapak ngn 3ekor jantan,umur 12thn????membirah sgt kau dik..dah lah rumah bapak tu kena pecah kunci..bodoh!
Quote buapakperut 26-8-2019 02:19 PM
12 tahun? adek baru lepas jemaah tahajud ka dengan "kawan2" itew??? anak sapa niiiii???? dah menang pertandingan kahwen awal dan beranak ramai ko biar je anak ka?
Quote buapakperut 26-8-2019 02:21 PM
sidewinder replied at 26-8-2019 05:55 AM
apa nak heran .....kes pelik2 gini biasa jadi kat gannu......makang ikang banyok ngat ni

mendonia kuala nerus kuala ibai marang dan sebagainya dengan kes2
Quote diggerr 26-8-2019 02:56 PM
Kecik lagi tuuu
Quote Betara_Indera 26-8-2019 03:08 PM
sekolah lagi ke tak ni?.. sedap2 je kwn2 ko pecah masuk rumah ko sendiri, ke anak pasangan berpisah ni?
Quote Fleur81 26-8-2019 03:36 PM
Umur 12 tahun..4.30 pagi baru balik rumah pastu bawak balik kawan laki pulak
Quote Foxey 26-8-2019 04:03 PM
Umur 12 tahun dah berani ajak kawan2 lelaki balik rumah, siap pecah masuk lagi tu pagi2 buta sebelum Subuh. Memang mengundang bahaya betul
Quote Pink_Purple 26-8-2019 04:46 PM
apa nak jadi..merayap malam sampai  ke pagi..

nak balik rumah mak takut kena marah, balik rumah ayah
Quote saifulms 26-8-2019 05:51 PM
4.30am... Gila lah! Kalau umur 21 mcm ok lah sikit. Tp ok sikit je.. Ni bru 12.. Adoi...!
Quote Victorioussss 26-8-2019 06:51 PM
12 tahun, 430 pagi

Natang mok pok mung nge mok pok kawang2 mung wak gape gop sapa dop sedo anok tubik kluo umoh

Brekmok nguh la
Quote misssakura 26-8-2019 07:13 PM
dekkk... 4.9 ni upsr

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.084906 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top