Boleh bayangkan tak seorang isteri tergamak minta cerai dengan alasan suaminya terlampau baik dan rajin! Khaleej Times Report melaporkan, wanita berkenaan mengadu yang dia menerima kasih sayang dan belas kasihan yang berlebihan daripada suaminya,
Wanita berkenaan memberitahu mahkamah syariah di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE); "Saya rimas dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh." Malah, dia juga bosan kerana tidak pernah bergaduh dan suaminya yang langsung tidak pernah meninggikan suara sepanjang setahun mereka berkahwin.
Sebelum ini, wanita tersebut pernah merungut tentang berat badannya. Suaminya sanggup ikut sama mengamalkan diet yang ketat dan bersenam sampai patah kaki. "Saya sangat rindu nak bergaduh, tetapi ia mustahil kerana suami saya sangat romantis, selalu memaafkan saya dan membelikan pelbagai hadiah kepada saya setiap hari. "Saya mahu ada perbincangan dalam rumah tangga, tak kisahlah kalau perlu bergaduh sekalipun. "Saya tidak mahu kehidupan yang sangat mudah," ujarnya. Sementara itu, si suami meminta mahkamah membatalkan tuntutan penceraian itu. "Tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan semua orang belajar dari kesilapan mereka," katanya. Setakat ini, belum ada keputusan dari mahkaman dan kes tersebut masih berlangsung. - CARI
|
ADVERTISEMENT