Wow! CARI Sudah Berusia 23 Tahun! Bersempena ulang tahun ke-23 CARI.com.my pada tahun ini, kami mengajak anda serlahkan kreativiti untuk menghasilkan logo CARI yang baharu! Mana tahu rekaan logo anda akan menang dan dijadikan logo rasmi CARI yang baharu!
Menerusi peraduan ini, pemenang utama akan memenangi wang tunai RM1,000! Manakala, pemenang untuk Logo Paling Popular yang diundi sepenuhnya oleh user CARI bakal mendapat wang tunai RM300. Kemaskini: 1. Undian untuk Logo Paling Popular akan bermula dari 21 Oktober - 29 Oktober 2019. (akan diadakan di Forum CARI dan Facebook CARI Internet-BM) 2. Pemenang utama dan Logo Paling Popular akan diumumkan pada 1 November 2019.
Bagaimana untuk sertai? - Peraduan berlangsung dari 26 Ogos hingga 30 September 2019 - Logo CARI haruslah memiliki imej korporat dan serius - Logo wajib ada perkataan 'CARI' - Logo baharu haruslah tidak berbeza sepenuhnya dengan logo semasa untuk elak kekeliruan user CARI Spesifikasi logo - Logo haruslah dihantar dalam format PNG - Dimensi yang diperlukan adalah 800px tinggi ATAU 800px lebar - Fail yang dihantar haruslah boleh diakses menggunakan Adobe Illustrator Terma dan syarat - Tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah pada 30 September 2019 - Hantarkan penyertaan ke alamat emel [email protected] bersama maklumat peribadi anda - Dengan menghantar penyertaan tersebut, peserta setuju untuk memberikan hak eksklusif dan hakcikpta kepada CARI untuk apa jua kegunaan - Pemenang boleh menyimpan logo untuk kegunaan portfolio anda - Isikan butiran peribadi seperti berikut: -Nama seperti dalam MyKad/ Passport -Nombor MyKad/ Passport -Nombor telefon - Nama pemenang akan diumumkan pada 1 November 2019 - Hadiah wang tunai akan dikreditkan 15 hari selepas pemenang diumumkan - Pihak CARI berhak memanjangkan tempoh peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak - Pihak CARI berhak mengubahsuai mekanisme peraduan, menarik balik atau menghentikan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu - Pihak CARI sendiri yang akan memilih pemenang utama secara mutlak Hadiah dan pemenang - Satu pemenang utama akan dipilih secara mutlak oleh pihak CARI dan akan memenangi wang tunai RM1,000 - Manakala, satu pemenang Logo Paling Popular akan dipilih menerusi undian oleh user CARI dan akan memenangi wang tunai RM300 - Hanya pemenang utama yang akan digunakan sebagai logo CARI yang baharu
|
RatuDunia94 replied at 26-8-2019 11:29 AM
Lukis kat kertas pastu pos boleh tak?
ADVERTISEMENT