"Tu kadbod ke perahu?" Seakan memahami cita rasa fesyennya sering dikritik netizen, Neelofa akhirnya secara berkias menyatakan mahu menghalang aura negatif yang melingkari hidupnya. Tidak dapat dipastikan sama ada ia bagi merujuk fesyennya yang selalu 'di luar kotak' atau kata-kata negatif yang diterimanya selama ini. Memaparkan fesyen 'aneh' menurut segelintir masyarakat, Neelofa bersama adiknya, Ameera Khan menjadi penghias muka depan majalah Citta Bella iaitu majalah tempatan berbahasa Cina. Bukan calang-calang selebriti yang dijadikan 'cover' majalah, nampaknya Neelofa sentiasa menjadi rebutan bagi melariskan penjualan majalah berbahasa selain Melayu. Jika sekadar kutukan 'haters' mungkin ianya tidak begitu memberi kesan terhadap usahawan berjaya ini.
Berbanding fesyen sebelum ini yang memaparkan Neelofa dalam aksi 'sporty' kali ini dia dipakai jaket yang 'oversized' serta 'head gear' yang sekali imbas seperti topi, tetapi bukan. Dalam masa sama, ianya juga kelihatan seperti memakai kadbod membuatkan ia menjadi bahan jenaka kepada netizen. Namun, bagi peminat tegar Neelofa sendiri, apa lah salahnya fesyen tersebut, yang penting Lofa tetap nampak cantik dan elegan. Berlainan dengan rakan artis seperti bekas Ratu Cantik Malaysia, Kavita Sidhu yang menyukai penampilan Neelofa tersebut. Jom kita tonton video klip penggambaran pula, memang banyak betul topi dan 'head gear' yang dipakai Neelofa. Jadi, betul ke kadbod tu?
|
150997 replied at 26-8-2019 12:23 PM
pakai topi kadbot ka tudung selebet ka... tetap canteksss
Cpkay replied at 26-8-2019 01:37 PM
hajah nopa dah profesional. bukan suka suka dia nak melatah dengan komen netizen ni. chill je
RatuDunia94 replied at 26-8-2019 12:26 PM
Ok la tu at least sheols " menutup kepala".. bukan itu netizen sering laungkan pd retis2 x bertudung ...
Boomibulat replied at 26-8-2019 12:47 PM
Semoga dapt bertakhta di hati nilopa..klu nilopa x sudi amira pn blh..
MekConkey replied at 26-8-2019 01:54 PM
Amin ........
apedehal replied at 26-8-2019 01:55 PM
chu gais dunno fashun... tempelak si polan2 dr nugara lopakland.
adik dia tu tpaksa benau tumpang ...
ADVERTISEMENT