"Tu kadbod ke perahu?"
Seakan memahami cita rasa fesyennya sering dikritik netizen, Neelofa akhirnya secara berkias menyatakan mahu menghalang aura negatif yang melingkari hidupnya. Tidak dapat dipastikan sama ada ia bagi merujuk fesyennya yang selalu 'di luar kotak' atau kata-kata negatif yang diterimanya selama ini.
Memaparkan fesyen 'aneh' menurut segelintir masyarakat, Neelofa bersama adiknya, Ameera Khan menjadi penghias muka depan majalah Citta Bella iaitu majalah tempatan berbahasa Cina. Bukan calang-calang selebriti yang dijadikan 'cover' majalah, nampaknya Neelofa sentiasa menjadi rebutan bagi melariskan penjualan majalah berbahasa selain Melayu. Jika sekadar kutukan 'haters' mungkin ianya tidak begitu memberi kesan terhadap usahawan berjaya ini.
Kredit foto: IG
Berbanding fesyen sebelum ini yang memaparkan Neelofa dalam aksi 'sporty' kali ini dia dipakai jaket yang 'oversized' serta 'head gear' yang sekali imbas seperti topi, tetapi bukan. Dalam masa sama, ianya juga kelihatan seperti memakai kadbod membuatkan ia menjadi bahan jenaka kepada netizen.
Namun, bagi peminat tegar Neelofa sendiri, apa lah salahnya fesyen tersebut, yang penting Lofa tetap nampak cantik dan elegan.
Kredit foto: IG
Berlainan dengan rakan artis seperti bekas Ratu Cantik Malaysia, Kavita Sidhu yang menyukai penampilan Neelofa tersebut.
Jom kita tonton video klip penggambaran pula, memang banyak betul topi dan 'head gear' yang dipakai Neelofa. Jadi, betul ke kadbod tu?
Apa pun penampilan Lofa, memang dia tidak cepat melatah. Jadi, hati-hati siapa yang memberi komen negatif, mungkin Lofa akan menyingkirkan anda dari memberi komen satu hari nanti. Mana tau kan? - CARI
|