Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. Lazimnya ramai rakyat Malaysia mula memasang dan mengibarkan bendera Malaysia di kediaman atau premis masing-masing sempena sambutan kemerdekaan setiap 31 Ogos.
Namun, kecoh akhir-akhir ini apabila ada individu kurang peka memasang bendera Malaysia secara terbalik dan ini mengundang kemarahan ramai. Apa juga alasan di sebalik pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik, ia tidak wajar diterima dan dimaafkan dengan mudah kerana tindakan itu seolah-olah menghina dan mempersendakan kedaulatan negara Malaysia yang merdeka. Lantaran itu, ahli majlis perbandaran Batu Pahat, Tuan Malikfaishal Ahmad sendiri turun padang menegur pemilik rumah yang telah memasang bendera Malaysia dalam keadaan terbalik supaya membetulkannya. Perkongsian dari akaun Facebook itu menjadi tular dan telah dikongsi sebanyak 722 kali ketika artikel ditulis.
Loading FB Post... Rakyat harus peka dan sedar bahawa pemasangan bendera ini bukti menunjukkan rasa cinta dan bangga kepada negara. Bendera adalah identiti sesebuah negara. Di atas bendera juga terletaknya maruah dan jati diri sebagai seorang rakyat. Perlecehan terhadap simbolik negara adalah satu penghinaan. - CARI |
Melorqe replied at 23-8-2019 11:00 AM
bagus
YB semua sila turun padang melawat kawasan anda
kat area shoplot rumah aku setakat ni baru 2 ...
Kurex replied at 23-8-2019 10:52 AM
Duduk malaysia dah lama pun masih bodoh lagi bab bendera ke apa ci..... Bai?
harizs replied at 23-8-2019 11:26 AM
Rakyat msia ke ni...takkan la tak kenal bendera negara sendiri
Kurex replied at 23-8-2019 10:52 AM
Duduk malaysia dah lama pun masih bodoh lagi bab bendera ke apa ci..... Bai?
ADVERTISEMENT