Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. Lazimnya ramai rakyat Malaysia mula memasang dan mengibarkan bendera Malaysia di kediaman atau premis masing-masing sempena sambutan kemerdekaan setiap 31 Ogos.
Namun, kecoh akhir-akhir ini apabila ada individu kurang peka memasang bendera Malaysia secara terbalik dan ini mengundang kemarahan ramai.
Apa juga alasan di sebalik pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik, ia tidak wajar diterima dan dimaafkan dengan mudah kerana tindakan itu seolah-olah menghina dan mempersendakan kedaulatan negara Malaysia yang merdeka.
Kes Pasang Bendera Terbalik - Ahli Majlis Tegur Pemilik Rumah
Lantaran itu, ahli majlis perbandaran Batu Pahat, Tuan Malikfaishal Ahmad sendiri turun padang menegur pemilik rumah yang telah memasang bendera Malaysia dalam keadaan terbalik supaya membetulkannya. Perkongsian dari akaun Facebook itu menjadi tular dan telah dikongsi sebanyak 722 kali ketika artikel ditulis.
Rakyat harus peka dan sedar bahawa pemasangan bendera ini bukti menunjukkan rasa cinta dan bangga kepada negara.
Bendera adalah identiti sesebuah negara. Di atas bendera juga terletaknya maruah dan jati diri sebagai seorang rakyat. Perlecehan terhadap simbolik negara adalah satu penghinaan. - CARI
|