Selepas ada ura-ura penerbitan dua akhbar utama Melayu, Utusan Malaysia dan Kosmo akan ditutup sehingga mencetuskan perdebatan hangat masyarakat, jualan kedua-dua akhbar itu laris bak pisang goreng.
Utusan dan Kosmo sudah mengumumkan mereka tidak akan menghentikan penerbitan tetapi akan menaikkan harga sebanyak 50sen. Disebabkan pengumuman itu, FMT melaporkan jualan akhbar Utusan dan Kosmo laris sehingga peniaga sendiri terkejut.
"Semalam ada yang tak terjual. Tetapi, hari ini semua naskah habis dijual," kata Siti Nur Fatihah Kamaruddin yang bekerja di sebuah stesen minyak Petronas di Petaling Jaya. Stesen itu juga sudah menambah pesanan akhbar Utusan sebanyak 15 naskah dan Kosmo sebanyak 20 naskah. Malah, dilaporkan di 7Eleven, semua naskah Utusan dan Kosmo juga habis terjual. Power juga kuasa internet kan? Ramai berlumba-lumba mahu selamatkan dua akhbar ini. Anda sudah beli akhbar Utusan atau Kosmo hari ini? - CARI
|
R2D2 replied at 22-8-2019 12:36 PM
kenapa akhbar Tamil masih ada lagi kat rak tu?
PIBG SJKT tak tlg belikan ka?
Boomibulat replied at 22-8-2019 11:43 AM
Mungkin org x perasan x jd tutup..so semua pakat beli edisi akhir utk koleksi kununnya..tgk la lps n ...
Kurex replied at 22-8-2019 12:32 PM
Aku suka kosmo.. Padat dgn info & berita sukan..
ADVERTISEMENT