CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Bunuh Ibu Untuk Dapatkan Pampasan Insurans Demi Kekasih

16-8-2019 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4615| Komen: 37

Seorang wanita cuba membunuh ibunya dengan harapan dapat menggunakan pampasan insurans hayat sebagai wang menjamin untuk membebaskan teman lelakinya dari penjara.


Kredit foto: Mirror/ViralPress


Mirror melaporkan, Kanchana Srisung, 25, mengupah dua lelaki untuk menembak ibunya, Ueamduean Srisung, 55, di daerah BuengKum, Bangkok.

Ketika kejadian, Ueamduean dikatakan sedang mengayuh basikal dalam perjalanan pulang apabila ditembak di dada pada 22 Jun lalu, menyebabkannya koma selama sebulan. 

Sebaik sedar dan pulih, Ueamduean membuat laporan polis mengenai kejadian.


Kredit foto: Mirror/ViralPress


Pemeriksaan telefon bimbit Kanchana mendapati wanita itu berkomplot dengan dua lelaki untuk membunuh ibunya dengan bayaran upah sebanyak 200,000 baht (RM27,054). 

Polis kemudian menahan dua lelaki yang didakwa melakukan jenayah itu, Prachern Krabinrot, 40, dan Dao Chaengpradith, 35, pada Sabtu lalu.

Difahamkan, tiga lelaki didakwa atas kesalahan membunuh dan dua daripadanya turut didakwa atas kesalahan kerana memiliki senjata api.

Kanchana yang juga ibu kepada dua anak mengaku merancang pembunuhan itu supaya dia dapat mewarisi aset ibunya.


Kredit foto: Mirror/ViralPress

"Teman lelaki saya dipenjara kerana terbabit dengan kesalahan dadah dan saya memerlukan wang untuk membebaskannya.

"Saya upah Parchern dan Dao untuk membunuh ibu dengan harapan dapat mewarisan asetnya kerana saya tahu ibu memiliki tiga insurans hayat dan memiliki banyak tanah di pedalaman utara yang mungkin bernilai lebih 10 juta baht (RM1,352,900)," akuinya.

Sementara itu, nenek Kanchana, Pom, 80, mendedahkan ia bukan kali pertama wanita itu cuba membunuh ibunya. Katanya, Ueamduean pernah ditembak pada Januari lalu, tetapi dia bernasib baik kerana peluru tersasar.

Manakala, Ueamduean yang masih menerima rawatan di hospital berkata, dia boleh memaafkan anaknya, tetapi tidak akan melawatnya di penjara.

Luahnya, dia tidak tergamak melaporkan kejadian pertama kepada polis, namun kejadian kedua memaksanya berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Hasil pemeriksaan polis mendapati Kanchana tidak memiliki rekod jenayah lampau dan mereka percaya dia mungkin dipaksa teman lelakinya untuk membunuh ibunya. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 16-8-2019 12:47 PM
Gilerr ko, dah 2x kena tembak. Tapi belum ajal.
Quote gummiebear 16-8-2019 12:52 PM
Panjang umur ibunya
Quote MentariSenja 16-8-2019 12:55 PM
Anak derhaka.......kesian maknya
Quote Artemesiaa 16-8-2019 01:01 PM
Bila dah buta dek terlalu cinta sampai tak nampak mana baik tidaknya macam tu lah jadinya
Quote duri_durians 16-8-2019 01:01 PM
hebaat mak nya..

anak ni kau biar dalam penjara je la.

Quote fushimi 16-8-2019 01:02 PM
tak guna punya anak

Quote sarah82 16-8-2019 01:14 PM
Nampak mcm umur 18 tahun.. Cash la dik oiii.. Tu mak ang.. Mak yg susah payah bawa ang selama 9 bulan 10 hari.. Sbb jantan ang sanggup upah org bunuh mak ang.
Quote yuki812 16-8-2019 01:17 PM
bahana asal berboipren..
dah lah sengkek..tak guna pulak..
Quote Orix 16-8-2019 01:37 PM
Sah gila n mental pmpan ni.

Ad gmbar boipren dia? Nk tgok jugak hensem tang mana smpai sggup bunuh mak sendiri
Quote Mooverine 16-8-2019 01:48 PM
Wow durhaka nya... sayang, muka cute... mak sendiri pun dia sanggup nak bunuh. Yang mak dia pula, pakai pendinding kah sampai 2x tak mati-mati
Quote CatMiow 16-8-2019 01:55 PM
Tolong la perempuan diluar sana,  jangan la cari lelaki tak guna.

Dah kena tahan dia suh ko bayar jaminan,  bunuh emak,  esok2 dia tak da duit,  agak2 dia buat apa?  Jangan dia jual ko sudah....
Quote paiayam 16-8-2019 02:02 PM
Anak jenis apa ni. Gilaaa! Mak sendiri kot.
Quote highcastle 16-8-2019 02:15 PM
Fuh.......... Nak bebaskan teman lelaki atas sebab DADAH, sanggup kau bunuh ibu sendiri........
Quote iwansa 16-8-2019 02:54 PM
moga maknya sumpah dia jadi duit
Quote Pink_Purple 16-8-2019 03:04 PM
siam perut hijau..kejam sangat
Quote genUmi 16-8-2019 03:12 PM
pakai pembunuh upahan pun mak jau masih selamat


lawak la

pembunuh upahan  la sangat
Quote Eric.n9 16-8-2019 03:20 PM
cinta tahap "gila"
Sanggup nak bunuh mak sndri, sebab cinta, huhuhu

Nasib la umur mak dia pnjg...
Harap mak dia padam nama dia dari jadi pewaris...
Quote cik_kuntum36 16-8-2019 03:32 PM
Nape nak bunuh mak nye klo bole mintak dr mak... mst mak  nye nak tolong punye klo da mak nye byk duit...
Quote diggerr 16-8-2019 04:00 PM
Apa ke bijaknya

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.116571 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top