View: 3352|Reply: 37
|
Cuba Bunuh Ibu Untuk Dapatkan Pampasan Insurans Demi Kekasih
[Copy link]
|
|
Seorang wanita cuba membunuh ibunya dengan harapan dapat menggunakan pampasan insurans hayat sebagai wang menjamin untuk membebaskan teman lelakinya dari penjara.
Kredit foto: Mirror/ViralPress
Mirror melaporkan, Kanchana Srisung, 25, mengupah dua lelaki untuk menembak ibunya, Ueamduean Srisung, 55, di daerah BuengKum, Bangkok.
Ketika kejadian, Ueamduean dikatakan sedang mengayuh basikal dalam perjalanan pulang apabila ditembak di dada pada 22 Jun lalu, menyebabkannya koma selama sebulan.
Sebaik sedar dan pulih, Ueamduean membuat laporan polis mengenai kejadian.
Kredit foto: Mirror/ViralPress
Pemeriksaan telefon bimbit Kanchana mendapati wanita itu berkomplot dengan dua lelaki untuk membunuh ibunya dengan bayaran upah sebanyak 200,000 baht (RM27,054).
Polis kemudian menahan dua lelaki yang didakwa melakukan jenayah itu, Prachern Krabinrot, 40, dan Dao Chaengpradith, 35, pada Sabtu lalu.
Difahamkan, tiga lelaki didakwa atas kesalahan membunuh dan dua daripadanya turut didakwa atas kesalahan kerana memiliki senjata api.
Kanchana yang juga ibu kepada dua anak mengaku merancang pembunuhan itu supaya dia dapat mewarisi aset ibunya.
Kredit foto: Mirror/ViralPress
"Teman lelaki saya dipenjara kerana terbabit dengan kesalahan dadah dan saya memerlukan wang untuk membebaskannya.
"Saya upah Parchern dan Dao untuk membunuh ibu dengan harapan dapat mewarisan asetnya kerana saya tahu ibu memiliki tiga insurans hayat dan memiliki banyak tanah di pedalaman utara yang mungkin bernilai lebih 10 juta baht (RM1,352,900)," akuinya.
Sementara itu, nenek Kanchana, Pom, 80, mendedahkan ia bukan kali pertama wanita itu cuba membunuh ibunya. Katanya, Ueamduean pernah ditembak pada Januari lalu, tetapi dia bernasib baik kerana peluru tersasar.
Manakala, Ueamduean yang masih menerima rawatan di hospital berkata, dia boleh memaafkan anaknya, tetapi tidak akan melawatnya di penjara.
Luahnya, dia tidak tergamak melaporkan kejadian pertama kepada polis, namun kejadian kedua memaksanya berbuat demikian kerana bimbangkan keselamatan dirinya.
Hasil pemeriksaan polis mendapati Kanchana tidak memiliki rekod jenayah lampau dan mereka percaya dia mungkin dipaksa teman lelakinya untuk membunuh ibunya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gilerr ko, dah 2x kena tembak. Tapi belum ajal. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak derhaka.......kesian maknya |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah buta dek terlalu cinta sampai tak nampak mana baik tidaknya macam tu lah jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
hebaat mak nya..
anak ni kau biar dalam penjara je la.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm umur 18 tahun.. Cash la dik oiii.. Tu mak ang.. Mak yg susah payah bawa ang selama 9 bulan 10 hari.. Sbb jantan ang sanggup upah org bunuh mak ang. |
|
|
|
|
|
|
|
bahana asal berboipren..
dah lah sengkek..tak guna pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sah gila n mental pmpan ni.
Ad gmbar boipren dia? Nk tgok jugak hensem tang mana smpai sggup bunuh mak sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Wow durhaka nya... sayang, muka cute... mak sendiri pun dia sanggup nak bunuh. Yang mak dia pula, pakai pendinding kah sampai 2x tak mati-mati |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong la perempuan diluar sana, jangan la cari lelaki tak guna.
Dah kena tahan dia suh ko bayar jaminan, bunuh emak, esok2 dia tak da duit, agak2 dia buat apa? Jangan dia jual ko sudah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak jenis apa ni. Gilaaa! Mak sendiri kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh.......... Nak bebaskan teman lelaki atas sebab DADAH, sanggup kau bunuh ibu sendiri........ |
|
|
|
|
|
|
|
moga maknya sumpah dia jadi duit |
|
|
|
|
|
|
|
siam perut hijau..kejam sangat |
|
|
|
|
|
|
|
pakai pembunuh upahan pun mak jau masih selamat
lawak la
pembunuh upahan la sangat |
|
|
|
|
|
|
|
cinta tahap "gila"
Sanggup nak bunuh mak sndri, sebab cinta, huhuhu
Nasib la umur mak dia pnjg...
Harap mak dia padam nama dia dari jadi pewaris... |
|
|
|
|
|
|
|
Nape nak bunuh mak nye klo bole mintak dr mak... mst mak nye nak tolong punye klo da mak nye byk duit... |
|
|
|
|
|
|
| |
|