Keadaan kereta mangsa yang terjunam ke dalam tali air, petang kelmarin. PARIT BUNTAR - Pengalaman pertama kali memandu kereta pastinya menjadi mimpi ngeri buat seorang wanita apabila kereta dipandunya terjunam ke sebuah tali air di Parit 30, Batu 14, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa dikenali sebagai Yan, 31, difahamkan baru belajar memandu kenderaan itu bersama suaminya. Yan berkata, kereta Proton Saga dipandunya mula hilang kawalan apabila melalui kawasan selekoh ketika menuruni jalan utama. "Saya rasa stereng sudah habis dipusing, tapi kereta terus menuju ke arah tali air dan terjunam. “Mujurlah suami sempat tarik brek tangan dan kereta akhirnya berhenti. Jika tidak sudah pasti kereta kami tenggelam dalam parit,” katanya. Saksi kejadian, Khalid Mustafa, 22, berkata, ketika kejadian, dia baru selesai memancing di lokasi berhampiran sebelum melihat kereta dinaiki suami isteri terbabit terjunam dalam tali air. “Sewaktu dikeluarkan dari kereta, mereka terpinga-pinga dan mujurlah tiada kecederaan. “Kenderaan mangsa berjaya dinaikkan atas jalan utama dengan bantuan trak tunda,”katanya.
|
12
Bagus |
3
Marah |
17
Terkejut |
12
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dino posted on 2-10-2013 11:37 AM
motif suami gigih dok mengajar sendiri.... suruh bini p kelas memandu dulu la.... dah lulus sok le ...
dino posted on 2-10-2013 11:37 AM
motif suami gigih dok mengajar sendiri.... suruh bini p kelas memandu dulu la.... dah lulus sok le ...
ADVERTISEMENT