CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sumpah Dengan Nama Allah Saya Tak Ceraikan Dia" - Datuk Red

9-8-2019 12:41 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 14786| Komen: 56|Original author: Oleh: LilRose

"Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya."

Ha, berikutan ramai sangat berspekulasi kononnya penyanyi popular tanah air ini diceraikan suami, Adira akhirnya tampil buka mulut mengenai isu itu.


Betulkah dia yang diceraikan? Ini reaksinya.


Kredit foto: Harian Metro

Siti Adira Suhaimi, 28, berkata kepada Harian Metro mengenai gosip yang dia kononnya diceraikan Datuk Seri Adnan Abu ketika sedang sarat mengandung.

"Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.

"Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja.


"Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul," katanya kepada Harian Metro.

Setiap hubungan ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, kan?

"Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai.

"Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga," katanya.


Kredit foto: IG

Apa pula reaksi Datuk Red?

"Saya bersumpah dengan nama Allah, tidak buat perkara itu. Saya sangat terkejut dengan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini.

"Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak," katanya.

Artis mana lagi sedang hamil anak ketiga dan diceraikan tu? - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanysss 9-8-2019 12:47 PM
alhamdulillah..

so CSI forum nie.. sila buat keje.. siasat elok2
Quote lasagna 9-8-2019 12:49 PM
kalau betul alhamdulillah.. lah kan.
kalau tak betul, jgn tak mngaku plak.
Quote starzbites00 9-8-2019 12:50 PM
Jangan la bercerai...sian anak2...  
Quote piep 9-8-2019 01:18 PM
alhamdulillah dato red masih waras. adira tolong buat family planning ya. dah semua csar, jaga badan baik2
Quote rainbowrainz 9-8-2019 01:20 PM
Hurmmmmmmmm
Quote uori 9-8-2019 01:28 PM
k, fine. masa untuk proses anak ke-4 pulakkkk
Quote putericahaya999 9-8-2019 01:42 PM
Siyan pulak yg mengharapkan adira bercerai
Nak buktikan apa tah

Elok je adira gembira dgn hidup dia

Bagus adira x layan provokasi murahan
Quote msdummy.2018 9-8-2019 01:59 PM
putericahaya999 replied at 9-8-2019 01:42 PM
Siyan pulak yg mengharapkan adira bercerai
Nak buktikan apa tah

rasanya xder sesiapa yg mengharapkan diaorg cerai..tp nama pun speku....retis tgh tunggu nk bersalin...kebetulan dato red tuh mmg ada history kan...menepati plak ciri2 spekuan....

nama pun gossip uolssss.....
Quote msdummy.2018 9-8-2019 02:00 PM
awanysss replied at 9-8-2019 12:47 PM
alhamdulillah..

so CSI forum nie.. sila buat keje.. siasat elok2

i i i chiefff! hahahahaah
Quote kualibesi 9-8-2019 02:02 PM
okay try hard csi. speku lain plk
Quote ikanmasin 9-8-2019 02:07 PM
alhamdulillah bukan dia..selamat berpantang dgn jayanya..
Quote mieymiey 9-8-2019 02:14 PM
Jadi, siapakah retis yang dimaksudkan ittewwww?
Quote niena90 9-8-2019 02:26 PM
Ya ampun! Malapnya si red ni ddk sebelah adira hahaha
Quote sukacactus 9-8-2019 02:37 PM
niena90 replied at 9-8-2019 02:26 PM
Ya ampun! Malapnya si red ni ddk sebelah adira hahaha

Itu la...aku tgk pun tersebut benda yg sama
Muka keruh
Quote Boomibulat 9-8-2019 02:52 PM
awanysss replied at 9-8-2019 12:47 PM
alhamdulillah..

so CSI forum nie.. sila buat keje.. siasat elok2

Merangkak la kat sana esok..
Quote damian_lee 9-8-2019 02:54 PM
starzbites00 replied at 9-8-2019 04:50 AM
Jangan la bercerai...sian anak2...

Choiiiii
Bila x bahagia cerai jer
Ingat anak bahagia ke kalau tgk mak ayah xbahagia and bercakarang semedang

(Bukan untuk adira yachhh tapi untuk whoever jerr)
Quote boojaat 9-8-2019 02:55 PM
Wawa pun tgh preggy anak ke 3 kan? Siapa lagi ye?
Quote jijilaaa 9-8-2019 02:55 PM
selera pulak si dira ni nak tutttt dgn tok red...kepam ya amat
Quote awanysss 9-8-2019 02:55 PM
Boomibulat replied at 9-8-2019 02:52 PM
Merangkak la kat sana esok..

aku suruh siasat elok2... bukan buat fitnah

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.133653 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top