"Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya."
Ha, berikutan ramai sangat berspekulasi kononnya penyanyi popular tanah air ini diceraikan suami, Adira akhirnya tampil buka mulut mengenai isu itu.
Betulkah dia yang diceraikan? Ini reaksinya.
Kredit foto: Harian Metro
Siti Adira Suhaimi, 28, berkata kepada Harian Metro mengenai gosip yang dia kononnya diceraikan Datuk Seri Adnan Abu ketika sedang sarat mengandung.
"Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekulasi ia adalah saya.
"Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja.
"Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul," katanya kepada Harian Metro.
Setiap hubungan ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, kan?
"Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercerai berai.
"Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga," katanya.
Kredit foto: IG
Apa pula reaksi Datuk Red?
"Saya bersumpah dengan nama Allah, tidak buat perkara itu. Saya sangat terkejut dengan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini.
"Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak," katanya.
Artis mana lagi sedang hamil anak ketiga dan diceraikan tu? - CARI |