CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Scam Jaga Kucing Omiey Home Kembali, Jangan Terpedaya!

15-8-2019 03:37 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 13284| Komen: 43|Original author: Oleh: HakirRahman

Bagi peminat haiwan, kes-kes kebajikan haiwan ini sangat menyentuh perasaan. Apa tidaknya, kita bela elok-elok, bila diserahkan kepada pihak tertentu untuk jaga, ada yang tidak buat kerja sampai mati haiwan kesayangan itu. 


Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter mendedahkan kes "scam" penjagaan kucing. Pemilik "Pusat Jagaan Kucing" ini adalah orang sama yang memiliki "Omiey Home". Bagi yang tidak tahu, Omiey Home ini pernah dihukum mahkamah kerana menganiaya 17 ekor kucing, 4 daripadanya mati. 

Hati-Hati Dengan Penipu 'Rehome' Kucing Ini


Si Omiey Home itu kini menjenamakan diri mereka sebagai "Pusat Jagaan Kucing". Mereka berjanji akan "rehome" atau mencari pemilik baru kepada kucing anda dengan bayaran antara RM50-RM 100 seekor. 

Pusat Jagaan Kucing ni scam! Foto: Twitter
Tak buat apa-apa pun, hanya tolong pegang. Foto: Twitter

Tamaknya mereka sampai sanggup lancar kutipan dana konon-kononnya untuk vaksin dan rawatan kucing itu. Apa lagi memang kena kecam la! 

Pemilik akaun kempen pun sudah batalkan dana mereka. 
Kitafund, platform dana itu sudah membuat keputusan tidak menyerahkan kutipan kepada Omiey Home, sebaliknya terus kepada pusat rawatan veterinar. 


Jadi, sesiapa yang berhasrat menggunakan khidmat mereka ini hati-hati ya. Baik terus pergi ke pusat jagaan kucing yang lebih sah dan pemiliknya tiada rekod aniaya haiwan. - CARI 

2

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 15-8-2019 03:47 PM
Hari tu aku tgk byk ig pencinta haiwan pakat bash ttg depa ni
Quote Mfzg89 15-8-2019 03:52 PM
dgr citer kita bayar RM80 utk serah kucing kita bagi depa jaga..kucing plak xleh amik balik.kira terus jadi hak milik depa... kira depa ni bkn buat service boarding tapi amik kucing / duit kita pastu seksa plak kucing tu selagi xde pemilik baru berminat nak  apply jaga kucing tu..  licik + jijik cara depa ni.. minta hapuskan  la org2 camni..
Quote Mfzg89 15-8-2019 03:55 PM
sarah82 replied at 15-8-2019 03:47 PM
Hari tu aku tgk byk ig pencinta haiwan pakat bash ttg depa ni

kasi hapus puak camni kurung dlm penjara jgn bagi makan pastu suntik vaksin merkuri..baru depa tau rasa derita kucing2 tu.. geram plak mak...
Quote sarah82 15-8-2019 04:10 PM
Mfzg89 replied at 15-8-2019 03:55 PM
kasi hapus puak camni kurung dlm penjara jgn bagi makan pastu suntik vaksin merkuri..baru depa tau ...

Sabar.. Sabar..depa tgh bash dia.. Ada byk shelter yg lagi sesuai utk kita sedekah.
Quote blue_glacia 15-8-2019 04:24 PM
Boleh google je nama owner Norhazlin Ibrahim
Quote bakingsoda 15-8-2019 04:31 PM
Edited by bakingsoda at 15-8-2019 04:32 PM

mmg celaka omiey ni. bayangkan baru2 ni buat pengambilan kucing besar2an lebih 1000 ekor kucing seluruh malaysia. kucing 10 ekor yg sihat pon penat tau nak urus. apatah lagi 1000 ekor yg kemungkinan beberapa puluh mungkin ratus ekor tu sakit, perlukan perhatian lebih. shelter yang normal kalau boleh memang taknak terima kucing2 baru sbb kucing sedia ada terlalu banyak nak urus, ruang terhad. orang yg buang nak senang je, kucing tu mcm mainan tak bernyawa agaknya. omiey ni memang la 'rela' kutip kucing2 ni siap tour malaysia okay dah dapat ngap rm80 keatas untuk seekor kucing yg nak di rehome. pastu duit tu buat apa? makanan sponsor oleh brand MISHA, nak buat pemandulan minta dana lagi. habis duit ambil dari bekas penjaga buat apa? kucing2 yang tak dapat adopter sama ada dilepaskan kat jalan atau dibiar mati. sape yg nak tau apa yg omiey penah buat dekat kucing2 baca sini: https://amazingnara.com/gambarpemilik-rumah-perlindungan-kucing-omiey-home-didenda-kerana-menganiaya-kucing/

ni berita tahun lepas: https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/04/06/jual-anjing-kucing-online

"Dalang utama penjualan daging kucing ini adalah oleh rakyat tempatan yang mengaut keuntungan ribuan ringgit sebulan hasil kekejaman terhadap kucing dan anjing.

"Amat meragukan ada pihak yang mengaku adopter dan mahu menyelamatkan kucing membuat adoption kucing dalam jumlah yang banyak dan tidak masuk akal setiap kali mengadop kucing. Rupa-rupanya ada aktiviti haram seperti ini berlaku," tulisnya dalam posting pada Isnin.

hmmm sape ek 'adopter' tersebut.

mohon sangat kisah omiey home ni disebarkan, ramai lagi yg bodo pegi bagi kucing kat setan ni. apa beza kau bunuh sendiri je kucing2 yang nak buang tu? at least FREE tak payah keluar duit. kalau orang suruh mandulkan banyak cekadak berdosa la, nanti diri sendiri jadi mandul la, tak baik mengekang nafsu kucing(?). ko ternak kucing, buang kucing, seksa kucing, susahkan masyarakat, dapat pahala berlipat ganda ke mcmn?
Quote moonbug 15-8-2019 05:12 PM
Jijiknya buat duit dengan aniaya kucing tak berakal
Quote Artemesiaa 15-8-2019 05:18 PM
Bagus juga ada yang viralkan kegiatan tak baik macam ni
Quote hasniey 15-8-2019 05:46 PM
Kenapa nk seksa kucing2 tu ek???kejamnye manusia
Quote merrissa 15-8-2019 06:34 PM
Kejamnya... tp mmg byk manusia kejam mcm ni
Quote zehra2 15-8-2019 06:35 PM
Depa mmg pick up.kucing kita. Tp bila kita nk tgk shelter.. haram tk kasi tunjuk. Dh kira byr seekor 80-150.. knapa kita tkde hak nk tgk bila kucing kita belum di adopt?
Quote ALDRIN 15-8-2019 06:52 PM
Yg ni kak ipar i kena....kucing datang beranak 6 ekor..sheols x larat nk jaga..sbb dah ada 5 ekor. Pi panggil omiey ni laaa.....laju sampai..mintak duit tak sabor2..
Quote clarizsa 15-8-2019 08:02 PM
Mcm bodoh je bayar utk bagi meow kt org
Selalunya org byr utk amik meow

Pelik
Quote bakingsoda 15-8-2019 08:37 PM
clarizsa replied at 15-8-2019 08:02 PM
Mcm bodoh je bayar utk bagi meow kt org
Selalunya org byr utk amik meow


buat ganti dosa kot. kalau buang kat jalan rasa berdosa, jadi bayar je la nak lepaskan tanggungjawab. padahal lagi baik tuan kucing guna duit tu untuk mandulkan kucing2. ada jugak sumbangan utk mengurangkan populasi dgn cara yg betul
Quote pearl.silver 15-8-2019 08:58 PM
Apa hitam berkeladak sangat hati dia ni..
Siksa binatang demi duit?
Semoga azab ssgera la pada kau..
Quote maitang 15-8-2019 11:05 PM
pernah gak hantar sekor kt diorg, adik ipar jumpa kucing masatu and at the same time kucing kt rumah dah banyak so yg jumpa tu diorg dtg ambil dengan bayaran 80. I thought kisah diorg ni dah settle dan dorg beroperasi clean sekarang lepas insaf kena denda dulu? still x eh?
Quote VirusDetected 16-8-2019 11:17 AM
Setan tol pangai...
menganiaya binatang comel..
siap la korg nnt binatang tu cr korg blk bila korg mati nnt
Quote zuuu 16-8-2019 11:27 AM
blue_glacia replied at 15-8-2019 04:24 PM
Boleh google je nama owner Norhazlin Ibrahim

Ownernya melayu Islam ke???hati setan sungguh sanggup cari duit dengan cara keji camni...aq doakan saat setan ni dicabut nyawa oleh malaikat israil nnti dia akan sengsara lebih teruk dari apa yg dia dh buat pada kucing 2 ni
Quote kucingitam 16-8-2019 11:31 AM
kucing pun jadi mangsa scam...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056185 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top