CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ingatkan Orang Ketiga Punca Utama Cerai, Rupa-Rupanya Duit. Teruk Sangat Ke?

8-8-2019 02:06 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19258| Komen: 211|Original author: Oleh: Shimmer Shine

Description: "Lepas kahwin, murah rezeki, percayalah."Betul ke?Ramai yang menyangka orang ketiga adalah masalah utama yang menyebabkan penceraian. Namun statistik dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga ...



"Lepas kahwin, murah rezeki, percayalah."
Betul ke?
Ramai yang menyangka orang ketiga adalah masalah utama yang menyebabkan penceraian. Namun statistik dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan sebaliknya.

Ini kerana masalah kewangan adalah punca utama berpisahnya suami isteri muda dengan mencatatkan 17,000 kes bermula tahun 2013 hingga Mei 2019. Bagaimanapun hal ini tidak begitu mengejutkan kerana ramai memahami tuntutan ekonomi sekarang yang begitu mendesak mungkin membuatkan banyak pasangan tidak panjang jodoh.


Kredit foto: Twitter

Adalah menyedihkan apabila faktor kewangan menjadi punca utama berlakunya penceraian, namun itulah hakikat yang harus ditempuhi. Hal ini membawa perdebatan dalam kalangan warganet bahawa wajarkah pernikahan pada usia muda dibenarkan jika mereka sendiri tidak mampu mengendalikan masalah sebegini?

Kredit foto: Google

Bagi segelintir warganet, mereka percaya bahawa duit memainkan peranan penting dalam semua aspek kehidupan, lebih-lebih lagi dalam rumah tangga. Namun, apabila tidak cukup duit, ini yang menyebabkan pergaduhan sehingga berlakunya penceraian. Jadi, tidaklah menghairankan jika masalah kewangan adalah punca utama tiadanya persefahaman antara suami isteri.

Manakala gangguan orang ketiga berada di tempat kedua dan penderaan fizikal dan mental pula di tempat ketiga. Masalah-masalah ini bagaikan berterusan kerana kurangnya ilmu dalam kalangan suami isteri itu sendiri.

Jadi, cerita mengenai gangguan orang ketiga yang sentiasa dimomokkan oleh media sosial adalah benar cuma tidaklah seberat masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakkan pasangan muda. Cuma, mungkin ia tidak diwar-warkan hingga perlu dibincangkan di akar umbi.

Kredit foto: Google

Apabila penceraian berlaku, yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang kebanyakannya berusia di bawah 12 tahun, masih terlalu kecil untuk kehilangan peranan ayah atau ibu dalam sebuah institusi kekeluargaan

Justeru itu, kita perlu bersama-sama memikirkan alternatif untuk mengelakkan dari berlakunya 'tragedi' ini. Nampaknya kursus perkahwinan tidak begitu cukup untuk memberi ilmu kepada mereka. Jadi, apa cadangan anda? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 8-8-2019 02:10 PM
Bukan sebab tak solat ke
Quote LadyCarefree 8-8-2019 02:15 PM
white_musk: Bukan sebab tak solat ke


Kehkehkehkehkeh
Quote chinta89 8-8-2019 02:19 PM
bagi aku, duit kalau x cukup, boleh cari.

so bagi aku nombor satu tetap org ketiga-tidak semestinya betina garit nk menumpang kasih tapi keluarga sendiri or keluarga mentua.

tgk kes  mawar fizo. rata2 yg komen di thread ni, atau ig deols, sokong mengatakan org ketiga punca utama.

tp utk kita rakyat marhein ni yelah duit dh jd faktor utama bercerai. Dh tu mse kawin kemain buat majlis x nak kalah kurang2 RM20K habis... lps kawin mula la hidup susah!
Quote fliphair8 8-8-2019 02:21 PM
chaiyok oghang peghok, tak bercerai berai kome ye tahun 2017. non muslim tu mesti sebab toke2 amik mistress prc! hehehe
Quote lattehazelnut 8-8-2019 02:24 PM
Duit bukan segalanya tp segalanya perlukan duit.. xkan nak expect bini bg anak makan ubi kayu je..
Quote chinta89 8-8-2019 02:25 PM
and stop la kisah best kawin muda ni. life skg bukan mcm zmn dulu ye, kawin muda then berkekalan mcm mak2 ayah2 tok nenek kita dlu. deols lain. zaman dh berubah nowdays.

org dulu susah nk bcerai kalau pasangan tibai separuh mati pun, mereka bertahan. Sb stigma fikiran kalau bcerai, sape nak tanggung anak (isteri kebanyakan x kerja), risau suami x bwk jumpa anak, keluarga mentua opkos sokong anak sendiri dari sokong kita sekadar menantu, lbh2 lagi org dlu x kerja.. sb tu deols kebanyakan bcerai mati. jrg bcerai hidup. org skg didedahkan dgn hak untuk bertindak. Lagi plk kebanyakan prmpuan skg educated, so better bcerai, cari kerja n hidup sendiri cari harta sendiri.

so, yg jenis kawin muda ni, acah2 sweet namatey ni, pantang x kena sikit terus ending dia cerai. lagi2 diulit mimpi indahnya cerita kawin muda maka berlumba2 kawin awal semata alasan elak maksiat. hujung2 cerai sb niat kahwin dari awal x btl.

Quote Kelabuasap 8-8-2019 02:26 PM
Ingatkan sebab tiada zuriat
Quote bbbebeh 8-8-2019 02:30 PM
sebab qada dan qadar
Quote diggerr 8-8-2019 02:32 PM
Rezeki bukan sekadar duit
Quote Boomibulat 8-8-2019 02:34 PM
fliphair8 replied at 8-8-2019 02:21 PM
chaiyok oghang peghok, tak bercerai berai kome ye tahun 2017. non muslim tu mesti sebab toke2 amik m ...

Btl ke xde satu pasangan pn bercerai tu?
Quote CiliPadiSedap 8-8-2019 02:38 PM
Statistik is fact atau bahasa melayu fakta atau bahasa bugisa mak kau hijau

So yang cakap kahwin tu murah rezeki please lah behave. Dalam islam kahwin ada harus makruh haram wajib

Yang haram kahwin org xmampu nafkah zahir batin

Yang wajib nikah org mampu zahir batin dan terasa nk nikah naluri keperluan sexual ada.

Agama xsalah yang salah org salah tafsir.
Quote rynamarina 8-8-2019 02:38 PM
igtkan no 1 sbb org ketiga aka penyondol
Quote fliphair8 8-8-2019 02:39 PM
Boomibulat replied at 8-8-2019 02:34 PM
Btl ke xde satu pasangan pn bercerai tu?

entah ler nok, quite mustahil la. maybe case dibawa ke tahun 2018. hehehehe idok pun bini org peghok ni garang nak mampus kut, "kamu dah ngape?" terus laki tukor jadik tikus. hehehee
Quote mawarika 8-8-2019 02:39 PM
Yes, duit boleh jadi punca utama bercerai. Duit cukup makan..bini jimat. Tp tiba tang family dia mak bapak Adik beradik mintak duit, tak bg dikatakan kedekut..maka bini pun mkn hati ler.. itu la jadi punca bercerai
Quote fliphair8 8-8-2019 02:41 PM
duit punca bercerai, bukan acik2 poromers selalu cakap lambakan species bewok di bumi mesia nan permai ni, tu lah buktinya.
Quote RatuDunia94 8-8-2019 02:48 PM
Dia gini sebenarnya.. kalau ko bujang pon makan satu hari sekali je tu pon ikat perut.. x payah lah ada hati nk berkahwin.. jgn ckp lps kahwin rezeki murah bla bla bla.. itu ayat penyedap rasa je.. hakikatnya.. bila ko dh berkahwin kena byk pakai duit so ko akan kerja mcm nk mati cari duit lah.. compare masa ko bujang kerja gaji asal cukup makan je.. so yg murah rezeki tu sbb ko berusaha cr duit.  Bukan sbb kahwin.. unless ko lafaz akad je terus duit seguni turun dr langit .
Quote awanysss 8-8-2019 02:56 PM
CiliPadiSedap replied at 8-8-2019 02:38 PM
Statistik is fact atau bahasa melayu fakta atau bahasa bugisa mak kau hijau

So yang cakap kahwin  ...

betullll.. setuju sisss
Quote yuki812 8-8-2019 02:57 PM
sbb takde duit lah punca utama cari org ke3 yg berduit.
Quote bottombikini 8-8-2019 02:57 PM
masakini nak kawin kena cukup duit
cinta semata tak boleh kenyang bhaii

Lihat semua komen(211)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.195752 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top