CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Orang Amerika Potong Nangka Macam Tembikai, Rhys William Minta Maaf Bagi Pihak Mat Saleh

8-8-2019 11:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10815| Komen: 45|Original author: Oleh: natrahn

Lazimnya kita dengar sukan akan menyatupadukan rakyat sesebuah negara. Sebelum ini rendang ayam tak crispy milik Zaleha Kadir Olpin berjaya menggabungkan suara se-Malaysia gara-gara kritikan chef popular dari luar negara iaitu John Torode mengenai rendang tersebut. 


Kali ini potongan buah nangka menjadi perhatian warganet Malaysia pula.

 
Kredit  Foto - FB Mei Tan

Kita di Malaysia khasnya sudah amat maklum bahawa isi buah nangka dijual dalam bentuk ulas. Namun begitu lain pula kisahnya di sebuah sebuah pasar raya Whole Foods di Illinois, seorang rakyat Malaysia terjumpa buah nangka yang dipotong bersama biji-bijinya seperti buah tembikai. 


Berdasarkan cara potongan seperti tembikai ini, sudah pasti sukar untuk pembeli untuk mendapatkan isi buah berkenaan. Malah bagi orang yang pertama kali melihat atau mencuba buah nangka pasti akan cuba untuk memakan keseluruhan potongan buah itu termasuk biji dan getahnya.
 
Loading FB Post...
 
Posting berkenaan menjadi tular di media sosial sehingga mengundang netizen untuk meninggalkan reaksi mereka terhadap perkara itu di mana ramai yang tidak menyangka betapa anehnya potongan sebegitu dibuat oleh pihak pasar raya tersebut. 

Walau bagaimanapun, respon paling 'win' dan paling mendapat perhatian ramai adalah daripada saudara Rhys William yang memohon maaf bagi pihak ‘mat salleh’. Tweet daripada beliau ini setakat ini sudahpun mengumpul lebih 13,000 retweet setakat ini.
 


Sebenarnya ianya bukanlah rahsia lagi bahawa buah-buahan tertentu memerlukan teknik yang tertentu untuk mendapatkan isi buahnya, dan tidak ada ruginya bagi pasar raya besar seperti Whole Foods untuk memiliki pengetahuan minimum tentang produk mereka. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • iraizz

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 8-8-2019 11:35 AM
Hahahahhaa bleh tahan mulut mat salleh tu mencerca
Quote ReginaGeorge 8-8-2019 11:47 AM
Ok this is funny..
Quote Artemesiaa 8-8-2019 11:51 AM
Sebab tu bila jual buah elok disertakan contoh macam mana nak menjual dan menghidangkannya barulah tak salah macam dalam kes ni.  Mungkin yang tukang potong pun tak pernah tengok buah jenis tu sebelum ni.  Ada juga yang menyangka buah nangka ni durian sebab mereka tak pernah tengok atau merasainya.
Quote Mizlyn 8-8-2019 11:53 AM
takleh bace twit tu...loading je..
Quote chinta89 8-8-2019 12:05 PM
x pyh ler kutuk2.. tegur elok2 kan boleh?

*benda boleh kutuk buat ape cakap elok2?
Quote prettyuglybabe 8-8-2019 12:09 PM
pandai dia curi limelight..
ada buat ig review ke?
Quote ikanmasin 8-8-2019 12:16 PM
kelakar dia mewakili mat salih gituu.terpaksa meminta maaf
Quote berusjamban 8-8-2019 12:18 PM
Omputih ni sape? Terkenal ke? Or marhaen yg shopping kt Target / Kmart / Walmart jah?
Quote sukacactus 8-8-2019 12:18 PM
Rhys ni food vlogger, selalu aku tgk kat youtube, contoh mcm the nasi lemak show
Selalu dia akan pakai t shirt tulis Sentiasa Lapar
Quote rosa_canina 8-8-2019 12:19 PM
Kesiannya yg terbeli tu.. mkn dgn empulur nangka skali.. msti rasa pahit kelat ...
Quote kucingitam 8-8-2019 12:26 PM
abis lah mat saleh asyik kentut2 je makan nangka
Quote krustykrab 8-8-2019 12:41 PM
Lps beli sekali trusss lps tu tak nk beli dah hahaha...
Quote moonbug 8-8-2019 01:22 PM
Haha jangan termakan biji sekali sudahlah
Quote LadyCarefree 8-8-2019 01:38 PM
sukacactus: Rhys ni food vlogger, selalu aku tgk kat youtube, contoh mcm the nasi lemak showSelalu dia akan pakai t shirt tulis Sentiasa Lapar


Xbest langsung tngok satu kejap je dh turn off
Quote mbhcsf 8-8-2019 01:46 PM
hahahahahahahahahahhhaahah

Quote fushimi 8-8-2019 01:51 PM
malu lah mat saleh kalu belajor ngan orang asia cara potong nangka

kokesen kan perasan tahu  serba serbi
Quote diggerr 8-8-2019 02:51 PM
Tahan geram je time view videonya
Quote syakuntala 8-8-2019 02:57 PM
tajam btl pisau dia smp kerat biji cantik jer
Quote Skuau 8-8-2019 03:05 PM
sapa yg jual nangka(tuk eksport ke negara yg xde nangka) tu... sertakanlah cara potongnya sekali...sedangkan mi cawan tu pon disertakan cara menyediakan nya....walau semudah 'tuang air panas jer pon'.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.127598 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top