CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Murah Hati, Remy Ishak Sedekahkan Lembu Ke Kemboja

7-8-2019 11:00 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 7599| Komen: 42|Original author: Oleh: Top5

Berbaktilah untuk orang lain selagi kita mampu, itulah yang diamalkan oleh pelakon Remy Ishak apabila niatnya untuk melakukan amal ibadah sempena sambutan Aidiladha tahun ini tercapai setelah dia bersedekah kepada golongan yang lebih memerlukan di Kemboja.



"Baru-baru ini saya terfikir untuk melakukan ibadah korban dan alhamdulillah rezeki tahun ini dapat dikongsikan kepada mereka yang memerlukan.

"Malangnya harga lembu di Malaysia sendiri sedikit tinggi berbanding negara luar misalnya Kemboja.


"Harga seekor lembu di Malaysia sama nilai dengan dua ekor lembu di Kemboja jadi kebetulan saya dibantu oleh seorang kawan untuk memberikan rezeki ini kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya kepada Gempak.


Untuk pengetahuan semua juga Remy Ishak telah mula menjual baju Melayu sejak Ramadan lalu dan promosi masih giat dijalankan sempena sambutan Aidiladha pada hujung minggu nanti.


Semoga Remy dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya. - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 7-8-2019 11:17 AM
Buat korban kt kemboja mmg murah...lg pun aku rasa lg bagus buat situ sbb tgk keadaan diorg yg daif sgt...
Ada byk pakej sedekah kat jemboja, buat telaga, toilet, majlis berbuka...seronok tgk gambar diorg yg happy dpt bantuan.
Quote diggerr 7-8-2019 11:17 AM
Jangan qurban kerana harga, tapi qurban kerana mereka disana lebih memerlukan dari kita di sini
Quote sonatalady 7-8-2019 11:42 AM
Niat nak korban jgn pk pasal harga.
Jgn canang pasal beza harga..
Buat sana x kisah..sini x kisah...harga diam aje.
Pernah ustaz ckp..ustaz yg pergi beli lembu tuk wakil org korban...pn x berani minta kurang sbb ni ibadah.
Tetapi yg menjual pn berpada2 lah...terutama masa musim korban..sama2 dpt pahala.

Quote Kurex 7-8-2019 12:12 PM
Sedapnya remy berbaju melayu..
Kan best dapat menyembamkan muka ke dada remy lama2
Quote Mfzg89 7-8-2019 04:58 PM
dia ni baik , x kerek cam retis lain..tapi ntah knp la gegadis x pandang dia..cian tau..
Quote giyomi 7-8-2019 05:25 PM
rasanya lbh afdol klu sesuatu di buat tanpa promosi and canang satu dunia...pendapat iol jer. kang ramai peminat bangla bash akak, silakan
Quote kookie92 7-8-2019 05:34 PM
Kurex replied at 7-8-2019 04:12 AM
Sedapnya remy berbaju melayu..
Kan best dapat menyembamkan muka ke dada remy lama2

geli geleman baca komen ko
Quote JunkMail 7-8-2019 05:35 PM
Mfzg89 replied at 7-8-2019 04:58 PM
dia ni baik , x kerek cam retis lain..tapi ntah knp la gegadis x pandang dia..cian tau..

Takyah nak kesian sangat dekkk...wajarlah gegadis menjauhkan diri kalau suka naik kaki tangan .. tak gituuu
Quote Kurex 7-8-2019 05:59 PM
kookie92 replied at 7-8-2019 05:34 PM
geli geleman baca komen ko

Hahahahahahahahahaha
Quote ReginaGeorge 7-8-2019 08:04 PM
Gendang kuat lagi
Quote little_sis 7-8-2019 08:46 PM
semoga murah rezeki & cepat2 kawin..
Quote Nham22 7-8-2019 08:48 PM
Kurex replied at 7-8-2019 12:12 PM
Sedapnya remy berbaju melayu..
Kan best dapat menyembamkan muka ke dada remy lama2

Ulatttt buluuuuuu dah naikkkk daunnnn..nn..nnnn
Quote cikbun 7-8-2019 10:29 PM
bagusnya diaaaaaa{:childlike
Quote gideoncross 7-8-2019 11:50 PM
Nham22 replied at 7-8-2019 08:48 PM
Ulatttt buluuuuuu dah naikkkk daunnnn..nn..nnnn

Apa boleh buatttt...

Quote Yeehaw 8-8-2019 12:13 AM
Kalaulah dia tahu yg jumlah korban di malaysia ni makin berkurangan sampai xcukup nak di agihkan. Meanwhile dekat kemboja nun dah macam timbunan dah. Punya la banyak korban kat sana. Apa salahnya lebihkan ke negara sendiri.
Quote Taitai22 8-8-2019 12:16 AM
Import jelah lembu kemboja bawak balik bam wemy... kata murah
Quote LadyCarefree 8-8-2019 02:33 AM
Bukan kah islam kata tolong keluarga dulu pastu sedara mara pastu jiran pastu sekampung pastu sebandar pastu senegeri pastu senegara.....
Quote Me_ina 8-8-2019 08:12 AM
Alhamdulillah
Quote anony-mous 8-8-2019 09:03 AM
Hmm lepas i baca 1 artikel dkt fb ni, i rasa klau kaya thap remy ni sedekah kan la korban tu dkt malaysia. Pahala sama je. Klau rkyat marhain mcm kita boleh la buat korban dkt kemboja etc.

Dlm artikel tu mention makin tahun, makin x byk org nk buat korban dkt malaysia. Hrga mmg la mahal mgkin sbb lembu kat sini xbyk mcm dkt kemboja. Artikel tu bgtau kdg2 masa korban smpai terlebih2 daging tu dkt negara2 luar. Sama mcm gelandangan KL makanan melimpah2 masa bln puasa. Org duk tumpu 1 tmpt je.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top