CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tak Kerja Dengan DS Vida, Kini Putra Amaris Giat Jual Tart Telur

8-8-2019 03:46 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15941| Komen: 86|Original author: Oleh: intan

Description: Dah tak kerja dengan DS Vida, kini Putra Amaris giat jual tart telur
Setelah tidak lagi berkhidmat dengan Datuk Seri Vida ataupun lebih dikenali sebagai DS Vida, kini pelakon Putra Amaris sedang giat menjalankan perniagaan menjual tart telur di bawah jenama 'Amaris My Tart'. Dengar-dengar boleh tahan laku keras tart telur Putra Amaris tu. Betul ke?


Ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini, beliau memberitahu media bahawa dia baru berjinak-jinak memulakan perniagaan tart tersebut beberapa bulan yang lalu.

Sambutan menggalakkan yang diterima daripada peminat khususnya membuatkan dia lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaan kecil-kecilannya itu. Dia juga kini giat berniaga untuk memperluaskan empayar 'Amaris My Tart' dengan lebih luas lagi.



Tart telur Putra Amaris juga kini boleh didapati di pasar raya Rosyam Mart dan juga telah dibawa ke Festival Star Vendor selain daripada boleh dibeli di atas talian (online) iaitu di media sosial Facebook dan Instagram.


"Terima kasih kepada pelanggan yang sering memberikan sokongan padu dan menyokong 'Amaris My Tart',"

"Ramai yang kata sedap, Alhamdullilah. Untuk pengetahuan semua, tart telur yang dibuat adalah 'homemade' dan juga dijual secara frozen selain siap dibakar untuk pelanggan."

Selain daripada itu, Putra Amaris juga memberitahu bahawa perniagaannya kini sedang menjalankan usaha sama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memberi peluang kepada orang ramai yang berminat untuk memasarkan perniagaan tart telurnya itu," jelasnya lagi.

Ketika ditanya dari mana datangnya minat untuk berniaga, Putra mengakui pengalaman serta minat itu datang ketika bekerja dengan DS Vida.

"Terima kasih kepada DS Vida kerana banyak mengajar saya tentang dunia perniagaan dan pemasaran. Insyallah ilmu tersebut akan dipraktikkan dalam perniagaan 'Amaris My Tart', "

Semoga maju jaya buat Putra Amaris dalam periagaan tart telurnya itu! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 8-8-2019 03:58 PM
Nama glemer dia sgt lah ewww mcm nama2 budak2 lembut kat sekolah nak letak2 putera
Quote Kurex 8-8-2019 03:58 PM
Anding taknak tolong dia ke?
Quote mieymiey 8-8-2019 04:14 PM
Putra la sangat
Quote cikatilia 8-8-2019 04:18 PM
eww
kenapa rambutnya blonde tuh


Quote lucky_peace 8-8-2019 04:26 PM
euwww                                                      
Quote LadyCarefree 8-8-2019 04:27 PM
Produk timbang kilo kot tart ni
Quote whadda 8-8-2019 04:30 PM
confidentnye buat rambut blonde
Quote doubleA 8-8-2019 04:33 PM
Semoga maju jaya. Ok la jual tart dari produk putih kurus tinggi timbang kilo merkuri bagai semua bahan merbahaya ada. Founder dah kurus dah, tiba2 keluar produk konon kurus dengan produk tu ceh
Quote kualibesi 8-8-2019 04:36 PM
dsv ni memang something ke apa? dh rmi gduh ng die nie
Quote Y-Nots! 8-8-2019 04:37 PM
dia ni bkn dah jd pelakon ke?
Quote MsKathryn 8-8-2019 04:37 PM
Kurex replied at 8-8-2019 03:58 PM
Anding taknak tolong dia ke?

Tak nak bersandar kat dada amaris ke
Quote Boomibulat 8-8-2019 04:42 PM
Jgn2 produk dato bida jgk ni..
Quote mieymiey 8-8-2019 04:44 PM
Y-Nots! replied at 8-8-2019 04:37 PM
dia ni bkn dah jd pelakon ke?

Dah jadi pelakon? Heols memang pelakon sis, tapi tu la pelakon sendu
Quote aemon 8-8-2019 04:54 PM
abe joe boleh cuba nasib gantikan amran ismail ni
Quote lasagna 8-8-2019 04:56 PM
LadyCarefree replied at 8-8-2019 04:27 PM
Produk timbang kilo kot tart ni

agak-agak lahh timbang kilo uolssss... sakit pipi iols gelak.
Quote kaklong32 8-8-2019 04:58 PM
jual tart pon ok apa janji rezeki halal
Quote kucingitam 8-8-2019 05:00 PM
LadyCarefree replied at 8-8-2019 04:27 PM
Produk timbang kilo kot tart ni

ya betul..kalau melantak banyak2 tart telur ni, pastu ko kena timbang kilo berat kau...ahahahha...

Quote Itzy 8-8-2019 05:05 PM
Bagus perbanyakkan lagi produk halal muslim. Bisnes camni lebih bagus dr bisnes mekap
Quote Kurex 8-8-2019 05:07 PM
MsKathryn replied at 8-8-2019 04:37 PM
Tak nak bersandar kat dada amaris ke

Taknak... Nak sandar kepala dekat badan anding je..

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.055733 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top