CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sapu Gam Pada Pembaris, Pencuri Licik 'Sedut' Duit Tabung Surau

5-8-2019 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2468| Komen: 12

Melampau! Sekumpulan lelaki dilaporkan mencuri duit kutipan tabung Surau Ar Raihan, Bandar Teknologi Kajang dengan menggunakan pembaris yang disapu gam.

Harian Metro melaporkan, kegiatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada 29 Jun dan 3 Julai lalu, manakala yang terakhir pada 25 Julai baru-baru ini. 

Semuanya menggunakan taktik sama iaitu meletakkan gam pada pembaris sebelum 'menyeluk' tabung berkenaan. 

Pun begitu, menurut pengerusi surau, kegiatan itu dilakukan oleh individu berbeza namun dilihat memasuki surau dengan berkasut antara jam 2 pagi hingga 4 pagi. 

Kredit foto: Harian Metro

“Mereka menggunakan pembaris yang disapu gam pada bahagian hujung untuk ‘memancing’ wang di dalam tabung berkenaan,” kata Mohd Naz'ri Mahrin.


“Aksi mereka dilihat seperti mahir melakukan kegiatan itu apabila hanya mengambil masa beberapa minit,” katanya lagi. 

Bagi mengelak kejadian serupa berulang, beberapa AJK bermalam di surau, namun mereka gagal menangkap pencuri yang disyaki orang luar itu. 

“Akibat kejadian itu, surau kehilangan ratusan ringgit wang sumbangan jemaah yang dikumpul dalam tiga tabung di surau ini,” ujarnya. - CARI 

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 5-8-2019 12:32 PM
setakat pandai mencuri duit tabung masjid je tak sampai kemane
Quote awanysss 5-8-2019 12:46 PM
otak kretip.. tp buat jenayah pulak
Quote jfq 5-8-2019 01:10 PM
Edited by jfq at 5-8-2019 05:57 PM

Skrang ni ada masjid guna tabung yg punya la sempit slot dia. Dan slot tu pun at an angle kena guna alat utk tolak duit tu masuk
Aku dah ckp dulu masjid dah kena seiring dgn perkembangan teknologi. Tampal qr code aje kat dinding supaya org boleh scan dan derma tanpa physical money.
Old school sgt derma masuk tabung physical ni
Quote Mfzg89 5-8-2019 03:21 PM
akusukaq replied at 5-8-2019 12:32 PM
setakat pandai mencuri duit tabung masjid je tak sampai kemane

sape cakap xleh kemana? sebab depa ni la engineer leh cari makan cipta tabung canggih pasni..
Quote buapakperut 5-8-2019 04:42 PM
dulu2 kat hostel kalau bra jemuran jatuh kat awning orang bawah, iols jolok ngan batang penyapu ada ductape kat ujung.. fuhh selamat rm15 rengget
Quote Artemesiaa 5-8-2019 05:35 PM
Mereka lupa ada cctv merakam untuk kantoikan kegiatan mereka
Quote dekmieDandy 5-8-2019 05:52 PM
kat kampung aku memula dia pancing gini gak

pastu duit tak banyak dia pecahkan tempat kunci, sebab nak pancing tak dapat

last-last dengan sekali tabung dia hangkut
Quote chinta89 6-8-2019 10:38 AM
dicadangkan utkkutip duit setiap hari. dan duit tu buat mcm yg beli air/bayar parking kat mall2 tuh...

masuk sedut terus kat dlm.
Quote Buritan 6-8-2019 10:41 AM
Tred kesukaan maideen utk bertakbirr..
Quote Simunggu 6-8-2019 02:20 PM
org malaysia memang bijak bijak...bukti sistem pendidikan yg berjaya
Quote bbbebeh 7-8-2019 04:22 PM
What the fish sgt...dik oii patotnyer kebijaksanaan ko nie bwak ler ke arah  laen....
Quote sarahmirza 7-8-2019 06:59 PM
Orang yang mencari makan dengan mencuri ni masa kecik mak bapak dia bagi makan apa ya?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055402 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top