CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Menyeramkan Di Sebalik Pantai Hanakapiai, Hawaii Yang Menawan

5-8-2019 11:50 AM| Diterbitkan: awanearisu| Dilihat: 10182| Komen: 26|Original author: Oleh: CSuy

Bulan April 2018 telah membawa nasib malang kepada pulau Kaua'i, Hawaii. Pulau yang dikaitkan dengan filem animasi Disney, Lilo & Stitch, filem Jurassic Park dan Tropic Thunder ini telah dilanda banjir besar pada waktu itu.

Kredit Foto: Pixabay

Memetik laman sesawang Hawaii Public Radio, kejadian banjir besar tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada sebahagian pantai yang terletak di bahagian utara pulau tersebut. Namun ada khabar gembira! Kini ada bahagian yang telah mula dibuka semula kepada orang awam dan pelancong.

Tahukah anda bahawa menurut laman sesawang Wikipedia, di pulau Kaua'i sahaja, terdapat lebih dari 50 pantai? Itu baru satu dari beberapa buah pulau di Hawaii! 

Hawaii sememangnya terkenal di kalangan para pelancong dengan keindahan pantainya, kepelbagaian sumber flora, fauna dan hidupan maritim serta keunikan budaya masyarakatnya. Namun di sebalik keindahan pantainya, ada yang memiliki sejarah gelapnya yang tersendiri. 

Pantai Hanakāpīʻai terletak di Taman Negara Nā Pali (Nā Pali Coast State Park), di utara pulau Kaua'i. Meskipun lokasinya agak terpencil, ia menjadi antara pilihan utama pengunjung pulau Kaua'i. Untuk ke pantai Hanakāpīʻai, pengunjung perlu berjalan kaki melalui laluan trek Kalalau (Kalalau Trail) sejauh 3.2 kilometer.

Kredit Foto: Pixabay
Kredit Foto: Pixabay

Selain pantai ini, terdapat air terjun Hanakāpīʻai yang berjarak lebih kurang 3.2 kilometer dari pantai tersebut. Hanakāpīʻai yang berasal dari bahasa Hawaii diterjemahkan sebagai, "Teluk yang memercikkan makanan" (bay sprinkling food).

Di sebalik keindahan pantai ini, terselit fakta yang agak menakutkan: Terdapat sebuah papan tanda yang akan mencatatkan bilangan kematian yang telah berlaku! Seram bukan? 

Kredit Foto: Laman Sesawang Reddit

Barangkali papan tanda tersebut dietakkan sebagai amaran kepada para pelancong naif yang tidak mengetahui reputasi pantai tersebut. Tetapi mengapa sampai begitu sekali?

Difahamkan, pantai Hanakāpīʻai kerap mengalami fenomena arus tempur atau dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai, "Rip Current". Bukan itu sahaja! Menurut Wikipedia, pantai ini turut memiliki ancaman-ancaman lain seperti kejadian ombak besar dan ombak pecah yang merbahaya.

Kredit Foto: Pixabay


Tambah memburukkan keadaan, kawasan pantai di sekitar Nā Pali tidak memiliki gugusan besar batu karang yang boleh bertindak sebagai pelindung kepada ancaman ombak yang merbahaya. 

Masyarakat tempatan mungkin mengetahui akan bahaya yang menunggu di pantai ini. Namun tidak bagi pengunjung luar. 

Meskipun begitu, sesekali kisah menakutkan mengenai pantai Hanakāpīʻai ada dikongsikan oleh para pelancong di beberapa laman sesawang seperti Reddit dan TripAdvisor.

Kredit Foto: Laman Sesawang Reddit

Kredit Foto: Forum TripAdvisor

Tetapi di sebalik pelbagai kisah dan peringatan yang disampaikan, ternyata masih ada pengunjung yang tidak mampu menahan dari godaan pantai Hanakāpīʻai. Buktinya, tanda lorekan di atas papan tanda ini. Semakin lama, ia semakin bertambah!  

Kredit Foto: Laman Sesawang Reddit


Di mana pun destinasi pelancongan anda, selidik dahulu latarbelakang destinasi tersebut, dan jangan lupa satu perkara: Keselamatan adalah perkara utama. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 5-8-2019 12:40 PM
cantiknya tempat dia
Quote teddykuning86 5-8-2019 12:52 PM
Tempat cantik tapi bahaya la pulak...
Quote teddykuning86 5-8-2019 12:53 PM

Kannn. Tak sangka jurassic park pun shooting kat sini.
Quote supernaturalee 5-8-2019 02:21 PM
how far i'll go



Quote Mfzg89 5-8-2019 03:22 PM
pernah g sini dulu tp dlm mimpi jela...
Quote cikputih15 5-8-2019 03:45 PM
cantik nye pulau / pantai ni
Quote kualibesi 5-8-2019 04:47 PM
cantik pulau nya.
Quote Hatida 5-8-2019 05:47 PM
masya Allah..cantiknya pantai.. tp membahayakan.
#sistakretiberenang
Quote ikanmasin 5-8-2019 09:58 PM
alahaiii cantiknya pantainya...
Quote MissVixen 6-8-2019 09:58 AM
Cantiknyaaaaa. Seronoknya kalau dapat pergi.
Quote chinta89 6-8-2019 10:11 AM
lawaaaanyaaaaaaaaaaaa
Quote cikatilia 6-8-2019 10:57 AM
SELALU MCM TU KAN
tmpt yg lawa gila
mesti ada something fishy
nak nak yg remote and sunyi2
Quote meow_tompok 6-8-2019 11:31 AM
wow cantik sgt
Quote makton 6-8-2019 11:50 AM
cantikkkk....              
Quote Ferr_Remy 7-8-2019 01:12 AM
Iols leh je nak pergi tp berbaloi ke x eh g Hawaii? Baik g NYC haha
Quote awanearisu 7-8-2019 03:11 PM
Ferr_Remy replied at 7-8-2019 01:12 AM
Iols leh je nak pergi tp berbaloi ke x eh g Hawaii? Baik g NYC haha


Ferr kalau pergi kongsi la gambar tau. Nak tengok Moana asli tengah buat hula
Apa yang menarik di NYC ya?
Quote Ferr_Remy 7-8-2019 04:40 PM
awanearisu replied at 7-8-2019 03:11 PM
Ferr kalau pergi kongsi la gambar tau. Nak tengok Moana asli tengah buat hula
Apa yang ...

Kalau iols pergi la. Cuma geng xde sbb byk xde visa. NYC da konferm2 la chuols. Living the American dream agitchuu. Hehehehe. Jom!
Quote awanearisu 7-8-2019 06:33 PM
Ferr_Remy replied at 7-8-2019 04:40 PM
Kalau iols pergi la. Cuma geng xde sbb byk xde visa. NYC da konferm2 la chuols. Living the America ...

Buat roadtrip ya Ferr? Kita doakan tercapai impian tersebut.
Teringin juga nak ke sana, cuma belum ada kesempatan dan rezeki lagi.
Betul juga kalau alang-alang visa dah lulus, pusing la habis, duduk lama sikit kan.

Kalau kita nak buat begitu kena kumpul dulu ni. Ferr jalan dulu la
Quote orgsepang 12-8-2019 04:30 PM
Cantek sangat dalam gambar2 tu.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.065281 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top