View: 8369|Reply: 26
|
Kisah Menyeramkan Di Sebalik Pantai Hanakapiai, Hawaii Yang Menawan
[Copy link]
|
|
Bulan April 2018 telah membawa nasib malang kepada pulau Kaua'i, Hawaii. Pulau yang dikaitkan dengan filem animasi Disney, Lilo & Stitch, filem Jurassic Park dan Tropic Thunder ini telah dilanda banjir besar pada waktu itu.
Memetik laman sesawang Hawaii Public Radio, kejadian banjir besar tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada sebahagian pantai yang terletak di bahagian utara pulau tersebut. Namun ada khabar gembira! Kini ada bahagian yang telah mula dibuka semula kepada orang awam dan pelancong.
Tahukah anda bahawa menurut laman sesawang Wikipedia, di pulau Kaua'i sahaja, terdapat lebih dari 50 pantai? Itu baru satu dari beberapa buah pulau di Hawaii!
Hawaii sememangnya terkenal di kalangan para pelancong dengan keindahan pantainya, kepelbagaian sumber flora, fauna dan hidupan maritim serta keunikan budaya masyarakatnya. Namun di sebalik keindahan pantainya, ada yang memiliki sejarah gelapnya yang tersendiri.
Pantai Hanakāpīʻai terletak di Taman Negara Nā Pali (Nā Pali Coast State Park), di utara pulau Kaua'i. Meskipun lokasinya agak terpencil, ia menjadi antara pilihan utama pengunjung pulau Kaua'i. Untuk ke pantai Hanakāpīʻai, pengunjung perlu berjalan kaki melalui laluan trek Kalalau (Kalalau Trail) sejauh 3.2 kilometer.
Selain pantai ini, terdapat air terjun Hanakāpīʻai yang berjarak lebih kurang 3.2 kilometer dari pantai tersebut. Hanakāpīʻai yang berasal dari bahasa Hawaii diterjemahkan sebagai, "Teluk yang memercikkan makanan" (bay sprinkling food).
Di sebalik keindahan pantai ini, terselit fakta yang agak menakutkan: Terdapat sebuah papan tanda yang akan mencatatkan bilangan kematian yang telah berlaku! Seram bukan?
Kredit Foto: Laman Sesawang Reddit
Barangkali papan tanda tersebut dietakkan sebagai amaran kepada para pelancong naif yang tidak mengetahui reputasi pantai tersebut. Tetapi mengapa sampai begitu sekali?
Difahamkan, pantai Hanakāpīʻai kerap mengalami fenomena arus tempur atau dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai, "Rip Current". Bukan itu sahaja! Menurut Wikipedia, pantai ini turut memiliki ancaman-ancaman lain seperti kejadian ombak besar dan ombak pecah yang merbahaya.
Tambah memburukkan keadaan, kawasan pantai di sekitar Nā Pali tidak memiliki gugusan besar batu karang yang boleh bertindak sebagai pelindung kepada ancaman ombak yang merbahaya.
Masyarakat tempatan mungkin mengetahui akan bahaya yang menunggu di pantai ini. Namun tidak bagi pengunjung luar.
Meskipun begitu, sesekali kisah menakutkan mengenai pantai Hanakāpīʻai ada dikongsikan oleh para pelancong di beberapa laman sesawang seperti Reddit dan TripAdvisor.
Kredit Foto: Laman Sesawang Reddit
Tetapi di sebalik pelbagai kisah dan peringatan yang disampaikan, ternyata masih ada pengunjung yang tidak mampu menahan dari godaan pantai Hanakāpīʻai. Buktinya, tanda lorekan di atas papan tanda ini. Semakin lama, ia semakin bertambah!
Kredit Foto: Laman Sesawang Reddit
Di mana pun destinasi pelancongan anda, selidik dahulu latarbelakang destinasi tersebut, dan jangan lupa satu perkara: Keselamatan adalah perkara utama. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat cantik tapi bahaya la pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn. Tak sangka jurassic park pun shooting kat sini.
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah g sini dulu tp dlm mimpi jela... |
|
|
|
|
|
|
|
cantik nye pulau / pantai ni |
|
|
|
|
|
|
|
masya Allah..cantiknya pantai.. tp membahayakan.
#sistakretiberenang |
|
|
|
|
|
|
|
alahaiii cantiknya pantainya... |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknyaaaaa. Seronoknya kalau dapat pergi. |
|
|
|
|
|
|
|
SELALU MCM TU KAN
tmpt yg lawa gila
mesti ada something fishy
nak nak yg remote and sunyi2 |
|
|
|
|
|
|
|
Iols leh je nak pergi tp berbaloi ke x eh g Hawaii? Baik g NYC haha |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-8-2019 03:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ferr_Remy replied at 7-8-2019 01:12 AM
Iols leh je nak pergi tp berbaloi ke x eh g Hawaii? Baik g NYC haha
Ferr kalau pergi kongsi la gambar tau. Nak tengok Moana asli tengah buat hula
Apa yang menarik di NYC ya? |
|
|
|
|
|
|
|
awanearisu replied at 7-8-2019 03:11 PM
Ferr kalau pergi kongsi la gambar tau. Nak tengok Moana asli tengah buat hula
Apa yang ...
Kalau iols pergi la. Cuma geng xde sbb byk xde visa. NYC da konferm2 la chuols. Living the American dream agitchuu. Hehehehe. Jom! |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-8-2019 06:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ferr_Remy replied at 7-8-2019 04:40 PM
Kalau iols pergi la. Cuma geng xde sbb byk xde visa. NYC da konferm2 la chuols. Living the America ...
Buat roadtrip ya Ferr? Kita doakan tercapai impian tersebut.
Teringin juga nak ke sana, cuma belum ada kesempatan dan rezeki lagi.
Betul juga kalau alang-alang visa dah lulus, pusing la habis, duduk lama sikit kan.
Kalau kita nak buat begitu kena kumpul dulu ni. Ferr jalan dulu la |
|
|
|
|
|
|
|
Cantek sangat dalam gambar2 tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|