CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dera Anak Bila Tertekan Gaduh Dengan Kekasih Pengkid

1-8-2019 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4993| Komen: 24

Wanita tergamak mendera tiga anaknya setiap kali bertengkar dengan kekasih pengkidnya.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kepala Batas sejak empat bulan lalu.


Gambar Hiasan

Bukan setakat mendera anak apabila tertekan, malah wanita berusia 32 tahun itu sanggup menghalau suami dan membawa kekasih tinggal bersamanya sejak beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor mengesahkan kejadian berkata, penderaan berkenaan terbongkar apabila anak perempuan sulungnya berusia 12 tahun membuat laporan polis pada Ahad lalu.

Dakwanya, dia dan dua adik berusia lapan dan empat tahun didera ibu kandung.

“Mangsa mendakwa dipukul ibu kandung menggunakan tali pinggang ketika berada di rumah mereka di Tasek Gelugor.

“Ketiga tiga mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.


Tambahnya, setiap kali ibu mangsa bergaduh dengan pengkid berusia 33 tahun itu, dia akan memukul anak-anaknya.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan hospital tidak mendapati kesan luka atau lebam pada tubuh kesemua mangsa dan tiada kecederaan serius.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan di Butterworth dan Kepala Batas untuk direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-8-2019 12:29 PM
kepuasan apa yg kau dapat lepas pukul anak sendiri?
Quote yuki812 1-8-2019 12:38 PM
apa lah sedapnya ngn sesama jenis ni..
sama je apa yg ko ada..aku pon ada...
punya lah emo..sampai pukul ank bagai..
Quote Boomibulat 1-8-2019 12:47 PM
yuki812 replied at 1-8-2019 12:38 PM
apa lah sedapnya ngn sesama jenis ni..
sama je apa yg ko ada..aku pon ada...
punya lah emo..sampai ...

Hanya kurex yg tahu...
Quote hotmak 1-8-2019 12:51 PM
kesiannya, dah kalau gitu, nape tak bagi je bapak budak2 tu jaga
Quote EvieWanKenobi 1-8-2019 01:04 PM
gaduh sebab apa?
pengkid mintak duit ka?
Quote haryatie 1-8-2019 01:19 PM
bagus adik ni
nasib baik pndai buat repot
Quote Pink_Purple 1-8-2019 01:20 PM
ada laki ada bf..bahagianya hidup
Quote mieymiey 1-8-2019 02:42 PM
Kesian bebudak tu, dah la didera fizikal, ditambah pula dengan persekitaran mak bernafsu songsang.
Quote koko2 1-8-2019 02:44 PM
hotmak replied at 1-8-2019 12:51 PM
kesiannya, dah kalau gitu, nape tak bagi je bapak budak2 tu jaga

Diluah mati mak..
Telan mati apak..

Ikut ayah Takut plak jdi mangsa rogol ke hapa.. Lepas dendam si ayah

Ikt mak jadi mangsa pukul lepas dendam gf pengkid
Quote Artemesiaa 1-8-2019 03:55 PM
Dulu2 mak tiri je suka dera anak tapi sekarang ramai je mak jenis tak sayang anak suka mendera untuk lepaskan kemarahan dah banyak kali berlaku pun sebelum ni
Quote awanysss 1-8-2019 04:18 PM
dah kecewa ngan laki ke mak dia smpai bercinta sejenis. pastu pukul anak pulak. mental.
Quote rhea85 1-8-2019 04:24 PM
Mak jenis tak guna!!
Quote nononcrux 1-8-2019 04:27 PM
ni mak isap gam ke ape
Quote Foxey 1-8-2019 06:57 PM
Apa la salah bebudak ni, sedangkan yang bergaduh tu antara 2 orang dewasa. Takyah beranak la orang camni
Quote adila39 1-8-2019 06:59 PM
ni laaa diri x kuat! bangang la mak ni.. sila mereputlah!
Quote VirusDetected 2-8-2019 08:29 AM
bongok pny mak...
Quote ikanmasin 2-8-2019 09:14 AM
mak jenis apa mcm ni..ko dera anak2 ko sendiri..
nsb baik anak sulung bijak g buat report polis..mana
tau apa2 jadi kat diaorg lg teruk..anak2 kandung tu
kenapalah buat anak2 mcm tu ..
Quote tungkai 2-8-2019 09:32 AM
Suami kena halau..?? Dayus ke atau mat dadih tak pun biawak hidup
Quote C1k_J4h 2-8-2019 09:46 AM
bapaknye mana?
da kena halau terus tggl anak mcm tu je ke?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.044139 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top