Tanggal 30 Julai 2019, terlakarnya satu lagi sejarah bersempena pertabalan Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke-16. Bagi menyambut hari bermakna itu, Astro Awani telah mengadakan sesi temu ramah rasmi untuk mengenali figura ini dengan lebih rapat lagi.
Pun begitu, yang menarik perhatian apabila Yang-Di Pertuan Agong telah diajukan soalan sama ada baginda meminati kumpulan K-pop Blackpink ataupun BTS. Susulan itu, ramai netizen mengatakan bahawa soalan itu tidak sesuai diajukan kepada baginda. Ada yang bergurau dan berkata takut Permaisuri Agong marah, sebab itu pilih BTS dan bukannya Blackpink. Kebanyakan peminat BTS terutamanya daripada Malaysia bersorak gembira apabila YDP Agong memilih BTS sebagai artis K-pop kegemarannya. Namun, ada peminat yang bergurau melampau sehingga tidak tahu tertib dan dan batasan apabila bercakap tentang YDP Agong. Seorang peminat BTS telah mempersoalkan sama ada benarkah muka Sultan Abdullah sama dengan salah seorang ahli kumpulan K-Pop itu. Difahamkan bahawa peminat BTS ini bukanlah daripada Malaysia. Orang ramai telah cuba meminta individu ini supaya memadam entri berkenaan kerana ia tidak menghormati YDP Agong. Warganet berasa marah kerana hal YDP Agong boleh dibuat main tanpa batas dan hormat oleh sesetengah peminat BTS ini. Gurauan pun kena ada batasnya. - CARI
|
sonatalady replied at 31-7-2019 12:07 PM
X minat bts..tp army dia memang over.
Mengagungkan bts mcm tuhan sampai x bole komen negatif langsu ...
ADVERTISEMENT