Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya ke mana pergi Ammar Alfian ketika isterinya, Nelissa buat baby shower? Bila jenguk ke Instagram Ammar, rupa-rupanya dia ada di Sepanyol ketika itu. Majlis isteri sendiri takkan tak tahu kan? Tapi, baru-baru ini Ammar ada memuat naik gambar mereka berdua. Romantik betul gayanya bila Nelissa yang sedang sarat hamil memeluk mesra suaminya. Di ruangan komen, masing-masing dah lega dan bersyukur, beranggapan yang pasangan ini akhirnya sudah berbaik semula selepas episod kecurangan Ammar sebelum ini. Bagaimanapun di IG Nelissa, nampaknya dia mengamuk bila gambar tersebut disalah anggap. Tulisnya, "Inilah sebabnya mengapa saya tidak akan dapat kembali bersama dengan sampah ini. "Dia tidak menghormati saya atau anak. Curang dengan saya. "Saya ditinggalkan untuk bercuti semasa saya dimasukkan ke hospital. Tertangkap mesej dengan perempuan lain semasa 'baby shower'. "Kembali dan berfikir dia boleh kembali kepada saya? Saya tidak fikir begitu sayang. "Memuat naik gambar bersama tidak akan membuat saya kembali. Dia kini menggunakannya untuk mendapatkan saya untuk berjumpa dengannya. "Saya tidak akan tunduk pada kebohongan dan permainan anda. Jangan ganggu saya lagi!" Aduhai. Baca ini pula: Nampaknya, macam panjang lagi 'drama' ini akan berakhir. Semoga kedua-duanya kuat hadapi dugaan ini. - CARI
|
cmf_premierleag replied at 29-7-2019 05:11 AM
dr awal lg jantan ni mcm stok tak guna
ko gakkk yg hadap kan nak buat laki
hah skang baru tau
damian_lee replied at 29-7-2019 01:20 PM
tak payahlah layankan dia ni
siap melayan untuk gambar bersama lagi
.....
munchkin replied at 29-7-2019 01:01 PM
Tak faham. Ko ambil gambar gmbar macam tu tak nampak seperti di paksa pun. Kalau tak suka and will n ...
munchkin replied at 29-7-2019 01:01 PM
Tak faham. Ko ambil gambar gmbar macam tu tak nampak seperti di paksa pun. Kalau tak suka and will n ...
ADVERTISEMENT