Serbuan dijalankan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu di kawasan dusun buah-buahan berdekatan Kuari Tunjang, Jitra jam 9 pagi semalam menyaksikan lelaki kudung kaki kanan antara 32 penagih ditahan sedang menghisap dadah.
Berita Harian melaporkan, lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 40-an itu pada awalnya berkata, dia datang ke kawasan kebun berkenaan untuk mencari adiknya. Namun, alasan itu ditolak anggota kerana tidak masuk akal memandangkan kawasan berkenaan menjadi lokasi tumpuan penagih selain lelaki terbabit didapati menunggang motosikal seorang diri ke dusun tersebut. Menurut Ketua Operasi AADK Kubang Pasu, Mohd Shafiq Ismail, hasil ujian air kencing juga mendapati OKU berkenaan positif morfin dan ditahan untuk siasatan lanjut. Katanya, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 61 tahun dan 30 daripada mereka didapati positif opiat, manakala dua lagi positif methapetamine.
“Kebanyakan penagih yang ditahan datang seorang demi seorang dan memberi alasan masuk ke dusun kononnya untuk mengambil buah. “Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," kata Mohd Shafiq. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan). - CARI
|
fushimi replied at 29-7-2019 12:49 PM
tak padam ngan kurang fizikal pun sibuk lagi menagih
orang lain bila tak sempurna bawak bawak ins ...
buapakperut replied at 30-7-2019 01:13 PM
kan bagus sape mendadih ni mati terus.
amerald: Sedih aku tengok keadaan macam ni.
ADVERTISEMENT