CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan Parah Ditetak Depan Kedai Makan

29-7-2019 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3299| Komen: 13

Description: Berita Harian mealaporkan, dua lelaki menunggang motosikal menetak Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah di hadapan kedai makan, di Jalan Tengku Chik, kota Bharu, malam t ...
Berita Harian mealaporkan, dua lelaki menunggang motosikal menetak Timbalan Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah di hadapan kedai makan, di Jalan Tengku Chik, kota Bharu, malam tadi.


Manga yang parah di pinggang dan kepala dibawa rakan-rakannya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).


Kredit foto: BH Online, NSTP

Menurut Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak, beliau bergegas ke hospital malam tadi sebaik mengetahui mengenai kejadian menimpa mangsa.

“Alhamdulillah, Kamaruddin baru sedar sekejap tadi dan boleh bersalaman dengan saya. Kecederaan yang dialami agak teruk di kepala dan pinggang.

“Doktor memaklumkan perlu menjalani pemeriksaan lanjut untuk melihat secara terperinci kecederaan yang dialami,” katanya kepada BH.

Difahamkan, dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa baru keluar dari kedai berkenaan dan berjalan seorang diri untuk ke masjid berdekatan bagi menunaikan fardhu Maghrib.


Namun, dua lelaki terbabit yang bersenjatakan parang tiba-tiba menghampiri mangsa dan menetaknya sebelum melarikan diri.

Mohd Rozali bagaimanapun mendakwa sehingga kini beliau tidak tahu punca Kamaruddin ditetak suspek. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote goss79 29-7-2019 11:36 AM
Ya Allah kesiannya pakcik tu. gila betul org skrg. tetak/bunuh xde perasaan lgsg. kalau dpt tangkap pls lah bg hukuman seksa dulu...
Quote itik_kuning 29-7-2019 05:06 PM
ayah kepada shahrul nasrun ni
Quote jazaa100 29-7-2019 09:18 PM
itik_kuning replied at 29-7-2019 05:06 PM
ayah kepada shahrul nasrun ni

Shahrul nasrun tu sapa....
Quote lambada 29-7-2019 10:59 PM
jazaa100 replied at 29-7-2019 09:18 PM
Shahrul nasrun tu sapa....

alahai.....budak sharul nasrun tu....yang depan rumah dia ada banyak pokok nyioq.....jiran si mael kumpulan gitar rancak, cucu pak iman dollah surau kat simpang hujung jalan sana nun......Yang nak jadik calon parti, tapi tak bawah IC masa penamaan calon baru2 nih....Yang cakap stylo sikit tu..mcm shah rukh khan....
Quote sharlenetexas 29-7-2019 11:02 PM
Dendam apa pulak ni sampai tetak2?
Quote pyropura 30-7-2019 12:12 AM
Gila betul !!!! Semoga cepat sembuh atok
Quote sarah82 30-7-2019 12:43 AM
jazaa100 replied at 29-7-2019 09:18 PM
Shahrul nasrun tu sapa....

Rasanya la.. Kalau x salah.. Suami tokey kosmetik
Quote rosevelvet 30-7-2019 07:14 AM
Kwn ayah i dulu pun pnh kena libas ngn parang kt dahi kt klntn la. Smpai skang berparut. I tot mnde ni biasa kt sana
Quote rosevelvet 30-7-2019 07:16 AM
sarah82 replied at 30-7-2019 12:43 AM
Rasanya la.. Kalau x salah.. Suami tokey kosmetik

Ex bf adira kan?
Quote sarah82 30-7-2019 07:32 AM
rosevelvet replied at 30-7-2019 07:16 AM
Ex bf adira kan?

Rasanya... Sy baca mcm tu saja.. Kat bod gossip
Quote rhea85 30-7-2019 05:00 PM
Allah sian nya pakcik ni
Quote Pink_Purple 30-7-2019 06:15 PM
macam cantas pokok je..
Quote itik_kuning 31-7-2019 01:34 PM
jazaa100 replied at 29-7-2019 09:18 PM
Shahrul nasrun tu sapa....

aah ex bf adira & kahwin dgn tokey kosmetik tu

dia jugak president gagasan apa ntah yg buat demo depan rumah ambiga tu

pastu ada kes anjur karnival apa ntah kat kelantan yg kena murka dengan sultan tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.229746 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top