Tugas pemandu sambilan Grab bukan mudah. Selain waktu kerja tidak menentu, pendapatan pun tidak menentu ditambah pula kerenah penumpang yang boleh buat panas hati dan pecah kepala.
Baru-baru ini, seorang pemandu Grab berkongsi pengalamannya membawa pasangan yang tidak malu "ringan-ringan" dalam keretanya. Kejadian itu kemudian dirakam untuk dipertontonkan kepada umum.
Tetapi, warganet yang melihat rakaman itu merasakan tindakan pemandu berkenaan "melanggar hak privasi" penumpang. Ada juga yang mempersoalkan mengapa tidak ditegur saja perbuatan tidak senonoh mereka? Perkara itu dipercayai sidah diadukan kepada Grab Malaysia yang berjanji akan menyiasat perbuatan pemandu terbabit. Apa kata anda? Rakam atau tegur? Wajar atau tidak pemandu itu merakam perlakuan tidak senonoh penumpangnya? - CARI
|
Mfzg89 replied at 29-7-2019 12:12 PM
kasi masuk Tumblr ler...
awanysss replied at 29-7-2019 12:35 PM
pd aku utk first case camni biar viralkan. so budak2 lain2 akan takut nak buat in future.. takyah na ...
Kurex replied at 29-7-2019 11:00 AM
Memang laki suka pompuan gemuk eh? Cuba la kurus cara sihat, jangan diikut sangat pasangan nak kita ...
ADVERTISEMENT