CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maaf Encik, Saya Lambat" - Penghantar FoodPanda OKU Sanggup Naik Tangga Ke Tingkat 14

29-7-2019 10:29 AM| Diterbitkan: FatinNazu| Dilihat: 8583| Komen: 31|Original author: Oleh: FatinNazu

Sebuah video tular di Facebook dan Whatsapp amat menyayat hati netizen di mana seorang penghantar FoodPanda sanggup menaiki tangga sehingga ke tingkat 14 untuk menghantar tempahan makanan pelanggannya.


Memetik perkongsian di Facebook, disebabkan lif rosak, pelanggan tersebut yang sedang lapar membuat keputusan untuk membuat tempahan melalui aplikasi Food Panda dan perlu menunggu 45 minit untuk menerima tempahannya.



45 minit telah berlalu, namun tempahannya masih belum tiba. Tidak lama kemudian, telefonnya berdering dan mendapati pemanggilnya ialah penghantar tempahan makanannya.

Penghantar tersebut meminta maaf kerana terlambat daripada masa yang dijanjikan. Apabila tempahannya tiba, dia berasa sebak dan sedih apabila melihat fizikal penghantar Food Panda itu.

Dia yang sempurna fizikal mengeluh untuk turun naik tangga sedangkan penghantar itu tidak mengeluh dan tidak riak demi menunaikan tanggungjawabnya mencari rezeki yang halal. 



Loading FB Post...

Sempat dia merakam video penghantar Food Panda dan berkongsi kisah ini sebagai pengajaran buat kita semua. Kita tidak akan sedar nikmat yang kita miliki melainkan kita melihat sendiri kekurangan orang yang lebih susah berbanding kita. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
7

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • amimikey

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HujanBatuTiga 29-7-2019 10:41 AM
{:cryrun semoga brader tu dimurahkan rezeki.
Quote babynina30 29-7-2019 10:41 AM
Kesian. Kdg2 balance kita bg tu berapa lah sgt
Quote Kurex 29-7-2019 10:55 AM
Sian awak.. Tak ambik kesempatan atas kekurangan..
Btw, aku lag suka naik 2 anak tangga sekalgus.. Utk otot paha dan kekal fit
Quote lattehazelnut 29-7-2019 11:02 AM
Keji gila perangai.. dah tau lif rosak nak order food delivery bagai.. even manusia normal pun xsimpati ke? Tingkat 14 kot bukan tingkat 4..
Quote merrissa 29-7-2019 11:04 AM
Kurex replied at 29-7-2019 10:55 AM
Sian awak.. Tak ambik kesempatan atas kekurangan..
Btw, aku lag suka naik 2 anak tangga sekalgus..  ...

kannn......ada sesetgh org tuh...tak cacat tak apa...tapi gigih berhimpit dalam lif lrt time sesak (utamakan org yg lebih memerlukan ketika waktu puncak)...gigih nak park dekat parking org cacat...
Quote amimikey 29-7-2019 11:28 AM
kesian.dia tak sempurna fizikal pun gigih cari rezeki. harap2 OP bagi la doploh ke limaploh ringgit dekat dia upah kerja keras dia ye dok.
Quote awanysss 29-7-2019 12:36 PM
semoga murah rezeki..
Quote insulin 29-7-2019 12:59 PM
Ko bagi tips lebih x? Kalau x, x guna juga merempan cerita dalam facebook.
Quote Pikapikachu 29-7-2019 01:06 PM
Naik tangga sampai tingkat 14?!! Seriousla.. sampai hati pembeli tu.. even orang normal pun, x patut kotttttt {:freak{:freak:freak
Quote Victorioussss 29-7-2019 03:57 PM
lattehazelnut: Keji gila perangai.. dah tau lif rosak nak order food delivery bagai.. even manusia normal pun xsimpati ke? Tingkat 14 kot bukan tingkat 4..


Iols pk mcm tu jgk. Sampah gila perangai dah tau lif rosak rapi dok order food delivery. Kalau kau tu h pemalas nk tirun naik tanggal, sanggup kau sisahkan orang lain yang cari duit tak bbyk mana pn dari komisen hantar makanan kau tu

Pemalas punya manusia mcm ni elok nasib dia tertonggeng je dlm hidup dia

Iols pn reti nk bertimbang rasa xjadi order delicery bile tgk langit gelap nk ujan. Ni pulak lif rosak tingkat 14

Mana rasa kesian dan timbang rasa kau sesama manusia?

Hanat btul perangai
Quote Foxey 29-7-2019 05:37 PM
Semoga abang foodpanda ni dimurahkan rezeki. Walaupun kurang sempurna fizikal, dia masih berusaha mencari rezeki.
Quote kroit92 29-7-2019 07:24 PM
berapa gaji foodpanda bagi biasanya eh? untuk courier? baru perasan aku tak pernah tau
Quote lil_honey 29-7-2019 08:07 PM
kalau orang yang beli tu ada rasa humanity, dia boleh turun separuh, katakan la tingkat 7 nak kurangkan beban orang tu, walaupun tatau orang tu cacat atau kurang upaya..
sedih dgr cite macam ni....moga Allah balas berganda kebaikan untuk keikhlasan dia dalam bekerja.
Quote NmeeraR 30-7-2019 03:28 PM
Semoga Allah SWT sentiasa melindunginya dan memurahkan rezeki insan istimewa ni.. Amin
Quote amerald 30-7-2019 09:48 PM
Usaha untuk mencari rezeki halal
Semoga Allah permudahkan segala nya
Quote mistified 30-7-2019 10:15 PM
Sanggup order delivery sbb malas turun kerana lift rosak.tp dia tak terfikir plak org delivery kena panjat tangga 14 tingkat nak hantar makanan kat dia.selfish punya manusia.
Quote mamapea 31-7-2019 08:19 AM
kt area rumah aku pun ada ramai yg jual mknn blh hntr sampai dpn pintu rumah...
kalau lif rosak diorg dh bgtau siap2 kena turun ambik sndr...

Quote evlinne 31-7-2019 10:58 PM
Eh babilah. Selfish gila wouiii. Ko bagi dia tips tak???!!!
Quote missDollie 1-8-2019 09:19 AM
Nampak rumah macam ppr jer.. Dah duduk pprt korang ingat dia boleh pikir cerdik ke.. Mesti la selfish.. Takde hati perot.. Kalo la dia betul2 kisah dia akan turun bawah tak pun half way ke.. Harap dia menyesal la buat gini bukan sekadar video jer..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.060229 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top