Alamak, kecoh lagi isu jumlah hantaran di media sosial. Kali ini, membabitkan nama Hanis Zalikha pula! Terbaru, pengguna Twitter mempersoalkan jumlah hantaran RM91,019.90 yang diberikan Hairul Azreen kepada Hanis.
"Tengok ni hantaran Hanis Zalikha hampir 92k nak cakap dia materialistik juga ke? Dia tak minta tapi Hairul yang nak bag sebab tanda penghargaan dia. "Tengok Hanis masak dan didik anak dia macam mana sekarang? Hanis diploma je tak silap aku. Budak minta degree, korang kecam nak 15k," tulisnya seperti dipetik daripada Media Hiburan. Pandangannya itu mencetuskan rasa marah warganet dan memberikan pelbagai reaksi terhadap komennya. Namun, entri berkenaan dipercayai sudah dipadam. Hairul dan Hanis berkahwin pada 5 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 2, dan Alisa Aisyah, 2 bulan. Patut atau tidak disamakan orang beshe beshe dengan pasangan Hairul dan Hanis? - CARI |
ADVERTISEMENT