Klasik dan penuh sejarah, itulah yang dapat digambarkan jika melihat sebuah kapal yang ditinggalkan. Meskipun sudah beratus-ratus tahun, tetapi masih berdiri gah seolah-olah tidak termakan oleh zaman. Walaupun kedengarannya mengerikan, kapal karam memberi perspektif baru sebagai tempat pelancongan. Kisah-kisah sejarah yang digabungkan dengan kapal-kapal yang sudah termakan karat menambah keseronokan dalam berimaginasi peristiwa yang berlaku. Jika anda ingin menikmatinya, cubalah untuk melawat kapal karam ini. Tidak perlu susah-suah menyelam, 10 kapal terbengkalai ini boleh dinikmati di darat sahaja. 1. MV Panagiotis, Zakynthos, Greece Kapal Panagiotis adalah kapal yang karam di pantai Zakynthos, Kepulauan Ionia Selatan. Kapal yang berlayar pada tahun 1980 telah ditinggalkan oleh pemiliknya kerana ketika itu badai sedang melanda. Di Greece, pelancongan melihat kapal karam ini diberi nama Navagio, yang bererti bangkai kapal. 2. Sarah, Sandy Ground, Anguilla Telah menjadi objek foto Instagram untuk pengunjung, ternyata kapal ini telah mengalami badai yang cukup teruk. Pada tahun 1984, kapal Sarah tenggelam kerana taufan Klaus berhampiran Sandy Ground. Kapal dengan panjang 232 kaki ini, akhirnya ditarik ke daratan selepas 6 bulan kejadian. 3. Eduard Bohlen, Namibia Eduard Bohlen adalah kapal terbengkalai yang cukup terkenal dan letaknya Namimbia. Kapal ini menjadi percakapan kerana kedudukannya terbawa di tengah padang pasir. Eduard Bohlen terkandas pada tahun 1909 di pulai Skeleton, yang dikenali sebagai kubur rangka kapal berkarat. 4. M.V. Dimitrios, Peloponnese, Greece M.V. Dimitrios karam pada tarikh 23 Disember 1981. Kapal ini merupakan kapal kargo yang kononnya merupakan kapal yang digunakan untuk menyeludup rokok lalu sengaja dibakar untuk menyembunyikan bukti. Ia adalah salah satu kapal yang mudah diakses dari pantai pasir di Valtaki, Peloponnese Greece. 5. Aral Sea, Kazakhstan dan Uzbekistan Dulu laut Aral di Kazakhstan dan Uzbekistan merupakan tempat kapal-kapal berlabuh atau bersandar. Namun sejak 1960-an, Soviet membuat projek pengairan besar-besaran dengan membina 45 empangan untuk mengalihkan sungai kembar "Mesopotamia kecil" di Asia Tengah ke daerah yang disebut sebagai "virgin lands". Akhirnya laut daratan terbesar keempat di dunia ini mengering dan hanya tinggal sisa kapal-kapal yang bertenggek di atas padang pasir. 6. SS Maheno, Fraser Island, Australia SS Maheno adalah kapal wap yang mempunyai berat 5000 tan dan digunakan sebagai kapal rumah sakit pada perang dunia I. Kapal ini sebenarnya sudah dijual kepada Jepun tetapi tidak pernah sampai kerana ribut taufan. Akhinya kapal ini hanyut kira-kira 75 batu di pulau Fraser, lepas pantai Queensland selatan. 7. Bessie White, Fire Island, New York Pada tahun 1922, Bessie White tenggelam berhampiran Smith Point. Kapal dengan skuner atau perahu layar yang mempunyai ketinggian 200 kaki ditinggalkan oleh kru. Tetapi beberapa hari kemudian kapal itu bergerak ke arah Nova Scotia dan pecah. Kemudian Taufan Sandy menghanyutkan rangka kapal ini ke pantai pada bulan Oktober 2012. 8. Homebush Bay, Australia Homebush Bay, Australia telah menjadi rumah kepada kapal-kapal yang telah ditinggalkan sejak 1960-an. Walaupun tersembunyi oleh tumbuh-tumbuhan yang telah menumbuh di badan kapal, tempat ini tetap menjadi destinasi pelancongan unik untuk kapal bersejarah. Paling tidak ada dua kapal karam yang boleh dikunjungi jika laut surut. 9. Vila Nova De Milfontes, Portugal Vila Nova de Milfontes adalah sebuah desa yang indah yang terletak di barat daya Portugal. Di sebuah kampung dengan pemandangan yang menakjubkan ini ternyata mempunyai kapal lama yang sudah berkarat. Hingga ke hari ini, kapal ini masih menjadi misteri tentang asal usul dan pemiliknya. 10. 7 Point Reyes, California, Amerika SS Point Reyes berada atas timbunan pasir di Inverness terdekat sebagai tanda telah banyak kapal tenggelam di daerah ini. Lebih kurang 50 kapal hilang dan ini menjadi pencetus dalam pembangunan US Lighthouse Service atau rumah api pada tahun 1870. |
raxief replied at 4-8-2019 09:33 AM
kat area pengerang, ada satu.. tapi bukan kapal besar la..
ADVERTISEMENT