CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pergi 'Petik' Nama Tun M Kenapa?

24-7-2019 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3124| Komen: 9

Nampaknya, bukan selebriti tanah air sahaja menjadi mangsa penipuan scammer untuk melariskan pelaburan mata wang Bitcoin.

Terbaru, nama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.



Foto: IG Tun M

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan media semalam memaklumkan pihaknya akan memulakan siasatan terhadap insiden membabitkan penyalahgunaan nama Dr Mahathir melalui e-mel dan laman sesawang bagi meraih sokongan peribadi selain mempromosikan perniagaan Bitcoin.

"Siasatan SKMM akan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti dalang dan sumber yang mengeluarkan e-mel menggunakan nama Perdana Menteri," kata kenyataan itu.

Dalam masa sama, SKMM mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penipuan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab serta meminta mereka tampil membuat aduan sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung isu ini.


"Kewujudan dan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000.00 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya," katanya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Chairman 24-7-2019 12:57 PM
Dh xde org lain scammer tu nk petik
Quote harizs 24-7-2019 01:04 PM
pm 7 pun scammer juga....sama2 scammer
Quote dodolgemok 24-7-2019 01:06 PM
harizs replied at 24-7-2019 01:04 PM
pm 7 pun scammer juga....sama2 scammer

Najib pon scammer. Cakap xkenal jo lok. Ujong2 kantoi Jo Lok tolong clear kan credit card najib berjuta2. Bodoh punya cacai jilat najib.
Quote ultra78 24-7-2019 01:06 PM
Apa cerita Harapan Coin?
Quote kabukiman 24-7-2019 01:08 PM
ultra78 replied at 24-7-2019 01:06 PM
Apa cerita Harapan Coin?

Kita buat punah coin la pulak
Quote sitiselangor 24-7-2019 02:23 PM
dodolgemok replied at 24-7-2019 01:06 PM
Najib pon scammer. Cakap xkenal jo lok. Ujong2 kantoi Jo Lok tolong clear kan credit card najib be ...

cinapek tu scammer besar

tipu dlm aperlimen kata duit gst ilang, ambik duit petronas tuk ganti duit yg kata ilang tu

tup tup, duit tak ilang, duit petronas yg ilang buat ganti duit gst yg katanya ilang tu

bahahahah




Quote kivio 24-7-2019 08:30 PM
Ada sorang member aku dok quote benda ni la.
Japgi nak post status la haha biar menggelupur sikit scammers.
Quote AbukRokok 25-7-2019 08:38 AM
bitcoin? mehhhhhh
tunggu facebook coin....tu betul2 serius
Quote zorrro_03 25-7-2019 03:42 PM
ni nak kata PHancing adalah scammer kah?  

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.945052 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top