Aiskrim Malaysia, siapa saja yang tidak pernah makan, kan? Dahulu, aiskrim ini hanya berharga RM0.10 sebatang dengan perisa sirap, oren, jagung, kacang hijau dan juga milo. Zaman dah berubah, tempiasnya turut terkena pada aiskrim Malaysia.
Aiskrim Malaysia zaman sekarang mempunyai pelbagai perisa baru dan juga dengan harga lebih mahal. Ini mungkin kerana bahan-bahan yang digunakan bukan setakat air, gula dan perisa. Kalau sebelum ini, viral aiskrim sumi, nutella, oreo dan lain-lain perisa, kali ini penulis kongsikan resepi aiskrim Malaysia perisa baru untuk dicuba sendiri di rumah. Rakyat Malaysia memang kreatif dan berinovasi kerana sentiasa ada resepi baru yang berjaya dihasilkan. Kalau rajin, boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.
✔️ AISKRIM MILO Bahan-Bahannya:
Cara-cara membuatnya:
- Bancuh air milo seperti biasa, tetapi tambah susu cair dan susu pekat.
- Sejukkan air milo sebelum dituang ke dalam plastik bersama coklat tabur.
✔️ AISKRIM JAGUNG CINCAU Bahan-Bahannya:
Cara membuatnya: - Bancuh air, sirap jagung, susu cair dan susu pekat.
- Tambah secubit garam untuk satu balang air.
- Sejukkan air jagung terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam plastik aiskrim.
- Tambahkan cincau bersama air jagung ke dalam plastik aiskrim. ✔️ AISKRIM SUSU STRAWBERI Bahan-Bahan:
Cara membuatnya: - Bancuh air masak, susu pekat dan susu cair pilihan.
- Tambah potongan strawberi bersama air bancuhan susu ke dalam plastik aiskrim. ✔️ AISKRIM LEMON SUSU SERBUK COKLAT Bahan-bahannya:
Cara membuatnya: - Bancuh susu segar, susu pekat dan air masak.
- Perah sedikit lemon ikut tahap kemasaman masing-masing.
- Tuang bancuhan air lemon bersama serbuk coklat ke dalam plastik aiskrim.
* Sejukkan aiskrim semalaman.
Kalau tak nak jual, buat stok dalam peti ais untuk seisi keluarga pun boleh. Selamat Mencuba! - CARI
Sumber: Aneka Resepi Kuih Muih |
cikbawang237 replied at 23-7-2019 12:11 PM
sedapnyaaa!! tq resepiiii
Sazida replied at 23-7-2019 01:13 PM
Mase kecik dulu selalu buat aiskrim asam boi,aiskrim bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, bubur ka ...
natrahn replied at 23-7-2019 02:34 PM
kan dulu-dulu kalau orang jual askem macam awak sebut ni rm0.30 ja satu... saya ada jumpa askem ka ...
ADVERTISEMENT