Sehari selepas dibebaskan dari hukuman penjara pada 12 Julai lalu, penceramah kontroversi, Wan Ji Wan Hussin mendakwa seorang warden memukulnya ketika dia ditahan di Penjara Kajang. Memetik rakam video yang tular dalam Youtube, Wan Ji yang juga ahli PKR menyatakan bahawa dia tidak tahu apa kesalahannya sehingga menyebabkan dirinya dikasari. Ketika menceritakan semula kejadian itu dalam satu ceramah di lokasi yang tidak diketahui, dia mendakwa, seorang warden mengarahkannya membuka baju Melayu dan seluar yang dipakainya serta mahu membotakkan kepala dan mencukur janggutnya. "Ada seorang budak tu cakap Kelantan. Dia tutup muka, pakai baju warden, dia tanya demo namo gapo (nama awak siapa). "Buka spek (cermin mata). Dah buka tu, bam, bam, tiga kali dia bagi. Apa salah aku? Yang lain gelak-gelak, bukan nak halang pun," jelasnya. Wan Ji juga telah mengadu tentang insiden itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah serta peguamnya. Dia memberitahu, Anwar telah menghubungi pentadbiran penjara dan mengarahkan supaya warden terbabit dikenal pasti manakala peguam memintanya membuat laporan polis. Pada mulanya, Wan Ji enggan membuat laporan kerana tidak mahu warden terabit dibuang kerja namun peguam tetap mendesaknya berbuat demikian. "Ana akan cakap dalam statement dia, ana kata, hamba Allah tu tolong serah diri jumpa dengan saya, minta maaf dengan saya. "Kalau minta maaf, saya akan tarik report tu. Tapi kalau tak, saya teruskan report, nanti awak pulak kena buang kerja," katanya. Wan Ji dijatuhkan hukuman penjara selama setahun mulai 9 Julai atas kesalahan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tujuh tahun lalu namun hukumannya ditangguhkan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima permohonan penceramah itu. - CARI |
QueenIsolde: So xleh pakai prinsip org muka hensem prgai huduh...dia ni complete package
lipans replied at 14-7-2019 06:56 PM
Dulu astora jabat. skrg, wan ji pula.
ade je manusia jenis ni.
Bedah.Cun replied at 16-7-2019 12:37 PM
Astoral tue kes haper, yang? Ai terlepas train huhu
Bedah.Cun replied at 16-7-2019 12:37 PM
Astoral tue kes haper, yang? Ai terlepas train huhu
ADVERTISEMENT