Ops Tapis Khas dijalankan di sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, semalam berjaya menahan 14 individu termasuk dua wanita berusia antara 13 dan 56 tahun kerana positif dadah.
Harian Metro melaporkan, seorang lelaki berusia 40-an dan anaknya berusia 13 tahun dipercayai sudah tidak bersekolah antara ditahan. Lebih menyedihkan, mereka ditahan ketika meminta sedekah di kawasan masjid itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, operasi dijalankan berikutan aduan diterima mengenai lambakan penagih dadah dipercayai meminta sedekah di kawasan berkenaan. Katanya, salah seorang daripada yang ditahan dipercayai menjadi dalang mengedar dadah. Hasil pemeriksaan dilakukan ke atasnya juga menemui sejumlah heroin dan syabu. Tambah Che Zaimani, pihaknya akan terus menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong itu bebas daripada sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan imejnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT