View: 2265|Reply: 5
|
Budak 13 Tahun, Bapa Ditahan Minta Sedekah Beli Dadah
[Copy link]
|
|
Ops Tapis Khas dijalankan di sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, semalam berjaya menahan 14 individu termasuk dua wanita berusia antara 13 dan 56 tahun kerana positif dadah.
Gambar Hiasan
Harian Metro melaporkan, seorang lelaki berusia 40-an dan anaknya berusia 13 tahun dipercayai sudah tidak bersekolah antara ditahan.
Lebih menyedihkan, mereka ditahan ketika meminta sedekah di kawasan masjid itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, operasi dijalankan berikutan aduan diterima mengenai lambakan penagih dadah dipercayai meminta sedekah di kawasan berkenaan.
Katanya, salah seorang daripada yang ditahan dipercayai menjadi dalang mengedar dadah. Hasil pemeriksaan dilakukan ke atasnya juga menemui sejumlah heroin dan syabu.
Tambah Che Zaimani, pihaknya akan terus menjalankan operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong itu bebas daripada sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan imejnya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bapa borek anak rintik..
pelik la..dah ko terjebak, knp nak anak juga terlibat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Susah nk ubat, muda lg budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
teringat citer kawan krlakar kat cimb bayan baru ada orang buta minta sedekah. kawan husband bagi duit sebelum masuk bank. tengah beratoq kat atm dia pandang orang buta tu kat luar, curi2 kira duit yang dia dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagi dah terjebak dengan najis dadah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah ada usaha pembersihan macam ni elok buat dikawasan2 lain juga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|