CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ajaib, Fungsi Lain Garam Yang Perlu Anda Tahu!

23-7-2019 10:31 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8768| Komen: 21|Original author: Oleh: natrahn

 


Demam, batuk dan selesema antara masalah kesihatan paling kerap berlaku. Sehingga kini, tiada ubat yang boleh membunuh virus yang menyebabkan demam selesema ini. 

Buat masa ini, kebanyakan rawatan demam selesema adalah lebih kepada merawat simptom yang dihadapi pesakit, di mana mereka akan diberikan ubat demam selain antibiotik. Manakala, jika menghidap selesema pesakit akan diberikan ubat anti-histamin untuk mengurangkan gejala.
 

 
Tetapi, tahukah anda bahawa garam yang biasanya digunakan dalam masakan sebenarnya mampu menyembuhkan selsema dengan lebih cepat? Satu kajian bagaimana garam boleh membantu mengubati demam selsema telah dijalankan dan hasilnya memang memberangsangkan. 

Ia telah diterbitkan di dalam jurnal berprestij iaitu Nature. Dalam kajian ini, pesakit disuruh untuk berkumur air garam yang pekat dan juga perlu menitiskan air garam ke dalam hidung. Hasil kajian mendapati;

  • Waktu demam selesema itu dapat dikurangkan hingga kepada dua hari sahaja
  • Dapat mengurangkan penggunaan ubat farmasi
  • Dapat mengurangkan jangkitan di dalam rumah atau orang terdekat
  • Dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik

Bagaimanakah ia bertindak?



Sel tubuh akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan hypoclorus acid iaitu cecair peluntur yang berfungsi sebagai pemusnah virus. 

Untuk masalah selsema, titiskan air garam di hidung. Air garam ini berfungsi sebagai agen mencairkan mukus pekat yang menyumbat saluran pernafasan dan membunuh virus. 

Manakala, bagi gejala sakit tekak dan batuk pula, pesakit perlu berkumur air garam tiga kali sehari untuk melegakan gejala dan merawat jangkitan. 

Namun, jika keadaan masih lagi teruk, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Anak kecik di bawah usia tiga bulan tidak sesuai menggunakan kaedah ini. Semoga bermanfaat. - CARI

Sumber : Nature Dan KKM Putrajaya
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KakYien 23-7-2019 10:59 AM
ni memang betul, kakyin sakit tekak selsema tak leh bawak bincang rimas dia.. kawan kakyin suruh kumur2 air garam.. alhamdulillah 2 kali buat lega tekak.
Quote Chairman 23-7-2019 11:50 AM
good tips...bole amalkan ni
Quote natrahn 23-7-2019 11:52 AM
KakYien replied at 23-7-2019 10:59 AM
ni memang betul, kakyin sakit tekak selsema tak leh bawak bincang rimas dia.. kawan kakyin suruh kum ...

alhamdulillah..
Quote Cpkay 23-7-2019 05:06 PM
last week buat liver detox. kene minum epsom salt..
pembuangan sangat lancar selepas minum epsom salt tu
Quote giyomi 23-7-2019 07:48 PM
Cpkay replied at 23-7-2019 05:06 PM
last week buat liver detox. kene minum epsom salt..
pembuangan sangat lancar selepas minum epsom s ...

cuba citer lbh lanjut lagi tang ni...akak pon nak wat liver detok
Quote VirusDetected 23-7-2019 09:01 PM
Very Good Info
Quote Cpkay 24-7-2019 09:26 AM
giyomi replied at 23-7-2019 07:48 PM
cuba citer lbh lanjut lagi tang ni...akak pon nak wat liver detok

Nak buat liver detox ni proses dia selalunya 4 hari.
hari ketiga dan keempat adalah hari pembuangan najis.. dan batu gall bladder tu akan keluar melalui najis,
jadi dinasihatkan hari ke3 dan ke4 kita ada dirumah sahaja .
mula pada hari khamis dan berakhir pada ahad.

boleh follow IF with Dr Jue di FB.

Basically macam ni
RESIPI LIVER DETOX
POLIKLINIK PENAWAR LABIS
LIVER DETOX
Bahan2 yang di perlukan
Apple cider
Epsom salt
Grapefruits atau Lemon
Minyak zaiton
Cara2 Detoxifikasi
DAY 1 and DAY 2
2 Sudu besar Apple cider + 1 gelas air 2x sehari
NO FAT DIET
Makan makanan ringan (nasi , sayur dan buah2an)
DAY 3
8.00 pagi Sarapan pagi TANPA LEMAK (sayur2an dan buah2an)
2.00ptg campurkan 3 cawan air + 4 sudu besar Epsom Salt (masuk
Peti sejuk. (JADIKAN 4 CAWAN)
6.00ptg minum 1/4 cawan bancuhan Epsom salt
8.00Mlm minum lagi 1/4 cawan bancuhan Epsom Salt (jangan makan
Apa2)
9.45Mlm Campurkan ½ cawan grapefruit atau lemon dengan ½ cawan
Minyak zaiton.
10.0Mlm Minum bancuhan lemon +minyak zaiton
DAY 4
6.00pagi Minum minum 1/4 cawan bancuhan Epsom Salt (jangan makan
Apa2 lagi)
8.00pagi Minum baki 1/4 cawan terakhir bancuhan Epsom Salt
10.00pagi Minum Jus Buah2 makan sepotong buah segar
11.30pagi Mula makan makanan ringan tanpa lemak/daging
PETANG ANDA AKAN BUANG AIR DAN MENGELUARKAN BATU2 DARI HEMPEDU
SEBELAH MALAM ANDA AKAN MERASA SEGAR DAN MUDA SEMULA.
Selamat mencuba!


Quote giyomi 24-7-2019 05:23 PM
Cpkay replied at 24-7-2019 09:26 AM
Nak buat liver detox ni proses dia selalunya 4 hari.
hari ketiga dan keempat adalah hari pembuang ...

Tqvm.... Iol akn mencubanya nnt
Quote nono86 24-7-2019 05:33 PM
Boleh cuba ni. Tq untuk info ni
Quote natrahn 24-7-2019 07:13 PM
Cpkay replied at 24-7-2019 09:26 AM
Nak buat liver detox ni proses dia selalunya 4 hari.
hari ketiga dan keempat adalah hari pembuang ...

Wahhh...tq
Quote ummuibrisim 25-7-2019 11:16 PM
tips yg mnarik...blh cuba utk di amalkan..
Quote gam_gajah 26-7-2019 05:17 PM
Cpkay replied at 24-7-2019 09:26 AM
Nak buat liver detox ni proses dia selalunya 4 hari.
hari ketiga dan keempat adalah hari pembuang ...

ada ke keluar batu2 tu?

tgk kat fb ada gmbr batu hijau


Quote amerald 27-7-2019 09:20 AM
Thanks
Info yg bagus
Quote zh1234 30-7-2019 02:15 PM
even garam pun tapi banyak benefit...tq for the info
Quote CikB 10-9-2019 04:55 PM
byk juga kegunaan garam ni
Quote BlueRose99 11-9-2019 11:10 AM
Letakan garam di sudut rumahmampu hilangkan aura negatif..

Quote ItisDD 16-9-2019 09:36 AM
Nnti nak cuba kat anak selalu kena selsema
Quote natrahn 16-9-2019 11:41 AM
ItisDD replied at 16-9-2019 09:36 AM
Nnti nak cuba kat anak selalu kena selsema

boleh guna saline water juga..ada jual kat kat farmasi..
Quote ItisDD 16-9-2019 04:47 PM
natrahn replied at 16-9-2019 11:41 AM
boleh guna saline water juga..ada jual kat kat farmasi..

oh.... tq for info

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.191092 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top