CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Menikah Duduk Serumah Dan Sanggup Pinjam Ah Long"- Semuanya Kerana Cinta

24-7-2019 12:00 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 5385| Komen: 17|Original author: Oleh: HakirRahman

Bila bercakap soal cinta ini, ramai orang sanggup bergadai harta dan duit kerananya. Semuanya kerana janji manis hidup bersama. 


Baru-baru ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia membongkar satu kes seorang gadis yang sanggup meminjam daripada ah long kerana hendak menurut kehendak teman lelakinya. 

PPIM KENDALIKAN BANYAK KES PENGGUNA ISLAM. FOTO: GOOGLE

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini banyak menguruskan kes berkaitan dengan pengguna Islam. Kes ah long, kena tipu, produk halal dan macam-macam lagi. 


Jadi, lepas gadis itu buat laporan kononnya diganggu ah long kerana pinjam duit, Unit Banteras Ceti Haram PPIM pun buatlah siasatan.

Selepas disiasat, rupa-rupanya gadis itu pinjam duit ah long untuk teman lelakinya. Mereka siap duduk serumah tanpa nikah!

BERSEKUDUDUKAN DAN PINJAM AH LONG. FOTO: YOUTUBE

Bila disoal sejak bila mereka bersama, lelaki itu mengatakan mereka sudah lama bersama. Tetapi gadis itu sebenarnya sudah tidak mahu lagi berbuat demikian. 

"Yerlah, tapi saya dah memang tak nak duduk dengan awak. Saya dah banyak kali beritahu kan sebelum ni?" kata gadis itu. 


PPIM BUAT SERBUAN, TERUS LELAKI TU KENA HEMPUK DENGAN SAUDARA SI GADIS. FOTO: YOUTUBE

Teruknya lelaki ini dalam soal duit sampai pinjam dengan emak gadis itu sebanyak RM20,000 dan tak bayar! Kononnya hendak mulakan perniagaan tapi kena tipu. 

Apa lagi, memang lelaki itu kena hempuk la dengan emak gadis itu bertalu-talu. 

KENA LEPUK DENGAN EMAK GADIS, NASIB BAIKLAH GUNA BEG TANGAN. FOTO: YOUTUBE

Kes masih dalam siasatan PPIM. Jangan ingat sebab buat aduan kepada PPIM, mereka akan tolong selesaikan atau lunaskan hutang korang ya. Ada proses-prosesnya! 


Apa kata anda, siapa yang lebih bersalah sebenarnya? - CARI 
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • xxtaufanxx


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Muntz 24-7-2019 12:02 PM
Jantan tu asyik pikir nak sedap free jer. Bukan stakat sedap ngesex, sedap hidup jugak. Bisnes tak jalan pinjam duit pakai nama gf. Senangnya hidup cmtu.
Quote awanysss 24-7-2019 12:05 PM
ilmu ape jantan ni guna senang betul hidup..
Quote Kurex 24-7-2019 12:24 PM
Cerita dah ada la... So yesterday la tt ni
Quote kualibesi 24-7-2019 01:44 PM
da lme kn cite nie
Quote MelahJanda 24-7-2019 01:55 PM
yg pompan punnn maha bodoh
Quote gaara_X 24-7-2019 02:12 PM
Dua2 bersalah....sorang menabur janji...sorang termakan janji tanpa berpikir panjang....
Quote Boomibulat 24-7-2019 02:47 PM
Dr mggu lps lg citer ni
Quote chinta89 24-7-2019 02:47 PM
berapa kali nk ulang thread psl ni?

dh berapa ramai porumer membawang psl kucing tu ke tepi mse mak dia naik angin tu haaaaaaaa
Quote kroit92 24-7-2019 02:55 PM
berapa banyak benang nak buka daaa
Quote ikanmasin 24-7-2019 03:55 PM
cerita ulangan lg ke ni...
Quote eyansss 25-7-2019 08:50 AM
aku lebih tertarik nak tau rumah ni style camne...  nampak macam semata2 bilik dan bilik air je...
Quote C1k_J4h 25-7-2019 09:26 AM
eyansss replied at 25-7-2019 08:50 AM
aku lebih tertarik nak tau rumah ni style camne...  nampak macam semata2 bilik dan bilik air je...

soho ni sis..studio unit size 300sqft
Quote eyansss 25-7-2019 09:56 AM
C1k_J4h replied at 25-7-2019 09:26 AM
soho ni sis..studio unit size 300sqft

kecik sesangat...  maybe aku biasa tengok soho besar kot...  i mean, at least ada la ruang dapur segala...
Quote C1k_J4h 25-7-2019 02:35 PM
eyansss replied at 25-7-2019 09:56 AM
kecik sesangat...  maybe aku biasa tengok soho besar kot...  i mean, at least ada la ruang dapur s ...

sgt kecik..umpama boleh masuk katil single ja dgn ada bilik air
dapur pun xde tu
Quote eyansss 25-7-2019 02:44 PM
C1k_J4h replied at 25-7-2019 02:35 PM
sgt kecik..umpama boleh masuk katil single ja dgn ada bilik air
dapur pun xde tu

kan...  dah macam bilik, bukan soho...  terlalu kecik bagi aku...  entah berapa la sewanya tu...
Quote C1k_J4h 25-7-2019 02:48 PM
eyansss replied at 25-7-2019 02:44 PM
kan...  dah macam bilik, bukan soho...  terlalu kecik bagi aku...  entah berapa la sewanya tu...

tgok area gak sis
tp soho minimum pun 800 gak
kaya gak dpt sewa soho ye dak
Quote Pink_Purple 25-7-2019 02:58 PM
siaran astro                                         

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041460 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top