CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyayat Hati! Janin Terkeluar Dari Kandungan, Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan

10-7-2019 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11255| Komen: 79

Description: Malang tidak berbau apabila sepasang suami isteri mat dalam kemalangan di Jalan Pasir mas, Rantau Panjang berhampiran Hospital Pasir Mas awal pagi tadi.Astro Awani melaporkan mangsa yang maut dikenali ...
Malang tidak berbau apabila sepasang suami isteri mat dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas, Rantau Panjang berhampiran Hospital Pasir Mas awal pagi tadi. 

Astro Awani melaporkan mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Ab Azit, 22 dan isterinya Nur Syafikah Jafar, 22.

Kejadian pada 6.45 pagi itu melibatkan sebuah kereta dan motosikal yang dinaiki mangsa. 

Kredit foto: Astro Awani
"Hasil siasatan awal mendapati kereta berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun dari Rantau Panjang ke Pasir Mas. 

"Setibanya di tempat kejadian, kereta berkenaan ingin memotong kenderaaan lain di laluan yang sama.

"Bagaimana pun pemandunya gagal mengawal kenderaan hingga merempuh motosikal yang dinaiki pasangan berkenaan dari arah bertentangan," menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner ASP Abdullah Mohd Piah.

Lebih menyayat hati, pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian, manakala janin berusia 5 bulan terkeluar dari kandungan, akibat impak kemalangan. 

Difahamkan pemandu kereta dalam keadaan cedera parah. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 10-7-2019 01:52 PM
Innalillah..sedihnyaa
Quote vee_zara 10-7-2019 01:52 PM
Negeri yang jarang i nak pergi atau boleh kata tak teringin nak pergi... sebab ni la pemandu sana drive helok2 sgt.. slalu bawak laju.. i takuttt
Quote pakderis 10-7-2019 01:55 PM
Inalillahiwanialillah
Quote jerukkedondong 10-7-2019 01:57 PM
Masha Allah..sedihnya
Semoga ketiga2 nya..si ayah ibu dan anak dtempatkn di Al Jannatu Mathwah..
Quote julia5094 10-7-2019 02:07 PM
Innalillahiwainnailahirojiun...semoga roh ketiga2nya di tempatkan dikalangan orang yang beriman...
Quote Boomibulat 10-7-2019 02:08 PM
Kete myvi ke tu?myvi mmg x selamat kan..adik eksiden je
Quote Acikgomen 10-7-2019 02:09 PM
Terkeluar tu maksudnye perut pecah ke dia terberanak
Quote bawangkecik 10-7-2019 02:11 PM
sedihnya. al fatihah. semoga arwah dicucuri rahmat
Quote sukacactus 10-7-2019 02:14 PM
Siannya lah hai!
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote nenekglamer 10-7-2019 02:16 PM
Acikgomen replied at 10-7-2019 02:09 PM
Terkeluar tu maksudnye perut pecah ke dia terberanak

Dlm news tadi ckp perut pecah
Quote Foxey 10-7-2019 02:22 PM
Ya Rabb. Dahsyat nya impak kemalangan ini. Takziah kepada keluarga mangsa
Quote kabukiman 10-7-2019 02:27 PM
Innallihiwainnailihirajioun. Takziah kpd keluarga

Harap driver myvi tu mampos terus. Hidup menyusahkan org. Lagi selagi dirawat dihospital gomen membazur duit utk sibangsat ni
Quote Kurex 10-7-2019 02:27 PM
Adoiiii...

Kalau kawasan desa macam ni jangan memotong cara bahaya
Quote chicozinn 10-7-2019 02:32 PM
Ya Allah, ksiannya..aku percaya tu kandungan anak pertama psangan tu..smoga roh ketiga2 ayah ibu n anak ni ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin!!

untuk pemandu myvi tu, kalu ko idup skalipun biar cacat seumur idup terseksa sepanjang idup..nuffsaid
Quote prettyuglybabe 10-7-2019 02:40 PM
allah.. kasihannya..
Quote mbhcsf 10-7-2019 03:04 PM
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Quote whoda5566 10-7-2019 03:08 PM
chicozinn replied at 10-7-2019 02:32 PM
Ya Allah, ksiannya..aku percaya tu kandungan anak pertama psangan tu..smoga roh ketiga2 ayah ibu n a ...

Aamiin ya rabbal 'alamin...geram tau perangai selfish macam ni sampai korbankan orang lain!

Quote chicozinn 10-7-2019 03:10 PM
whoda5566 replied at 10-7-2019 03:08 PM
Aamiin ya rabbal 'alamin...geram tau perangai selfish macam ni sampai korbankan orang lain!

tau xpe..selfish yg amat sgat!!
Quote manehnya 10-7-2019 03:12 PM
Edited by manehnya at 10-7-2019 03:33 PM

sedihnyaaa


Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048752 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top