Pening betul netizen nak menghadap drama rumah tangga antara PU Abu dan Hana Azraa. Katanya, mereka kini dalam proses bercerai, tup tup mengaku mereka masih suami isteri yang sah. Hana Azraa menyatakan bahawa mereka telah membawa haluan masing-masing dan mendoakan kebahagiaan PU Abu bersama bekas isteri, Ain serta anak mereka.
Pun begitu, PU Abu tampil menepis dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa mereka masih lagi tinggal sebumbung menerusi MHE TV. "Kami masih suami isteri. Kami masih sebumbung dan saya datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dan anak. Dakwaan Hana itu tidak benar kerana saya baru saja ke sini dua tiga hari," jelas Abu. Hana turut menambah yang Abu telah meninggalkannya di Kedah untuk menetap di Kuala Lumpur.
Yang membingungkan apabila kelmarin, terdengar ura-ura mengatakan Hana sedang mengandungkan anak PU Abu, namun dia menjelaskan bahawa hanya akan berkongsi berita itu selepas berbincang dengan suaminya. Berikutan itu, ramai netizen membuat spekulasi bahawa Hana sebenarnya cemburu kerana suaminya sibuk meluangkan masa dengan anaknya bersama bekas isteri. Jadi, dia kononnya nak tunjuk protes dengan mengumumkan perceraian mereka ke seluruh media. Ada juga yang hairan sebab baru sahaja keluar berita mengandung semalam, tiba-tiba nak cerai pula. Pening! Ada juga netizen yang berharap kalau betul Hana dan Abu ingin bercerai, harapnya Ain tidak akan menerima kembali bekas suaminya itu. Sibuk betul PU Abu shooting drama bersiri sendiri. - CARI
|
uori replied at 10-7-2019 04:41 PM
siapalah punya keje nih.
gigih betul.
ADVERTISEMENT