CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

6 Tandas Jepun Yang Buat Anda Tak Nak Keluar! Eh, Berani Guna Ke?

10-7-2019 10:55 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 8457| Komen: 32|Original author: Oleh: HakirRahman

Bercakap soal tandas awam, imej kotor, busuk dan hancing sering terbayang di benak fikiran kita, kan?

Bagi mereka yang suka berjalan, kadang-kadang tidak jadi "melepas hajat" sebab keadaan tandas awam atau sesebuah restoran terlalu kotor. Sanggup tahan sehingga pulang ke tempat penginapan!


Berlainan pula dengan Jepun, kebanyakan restoran atau tempat rehat Jepun mempunyai tandas yang sangat bersih kerana orang Jepun percaya "kalau mereka sukakan makanan dan persekitaran restoran itu, mood akan terjejas kalau tandas punyalah kotor!". 

Jadi, pemilik restoran selalu berbelanja besar untuk memastikan tandas mereka unik dan disukai pelanggan. 

Kalau anda ada kesempatan ke sana, bolehlah mencuba nasib melawat tandas mereka yang terlajak bersih dan cantik ini. Barulah ada gambar luar biasa untuk ditayangkan di Instagram, kan? Lain dari lain! 


1- Tandas Bersalut Emas

Tandas emas ini terletak di Restoran Robot di daerah Kobukicho, Tokyo. Semuanya emas, daripada mangkus tandas sampailah ke dindingnya! Kos pembinaan dan ubah suainya menelan belanja 10 bilion yen! Lebih kurang RM380 juta duit kita! 


TANDAS EMAS, BERPINAR MATA TENGOK
FOTO: NIPPON.COM


2- Tandas Taman Bonsai

Tandas dalam taman ini pula terletak di Resuto Ujo, sebuah restoran yang terletak di Echizen di daerah Fukui. Tandas ini terletak dalam taman tradisional Jepun yang nyaman dan aman. 


CANTIK KAN TANDAS CANGKUNG
FOTO: NIPPON.COM


3- Tandas Dalam Akuarium

Tandas akuarium ini dibina di sebuah restoran di Akashi, Hyogo. Restoran itu terletak di depan laut, jadi jika terasa mahu 'membuang' selepas makan, bolehlah terus masuk tandas yang dibina di dalam akuarium ini. Siap boleh nampak penyu berenang-renang! 

Kos pembinaan tandas ini mencecah 20 juta yen (RM760,600)


SAMBIL MELEPAS BOLEH TENGOK HIDUPAN LAUT
FOTO: NIPPON.COM


4- Tandas Laut

Tandas ini terletak di sebuah hentian rehat lebuh raya. Disebabkan lebuh raya itu terletak di Teluk Tokyo dan berhampiran laut, tandas di hentian Umihotaru ini dibina sambil memandang laut yang sayup mata memandang. 


NYAMAN....
FOTO: NIPPON.COM


5- Tandas Tertua Jepun

Atau bagi anda yang teringin merasa pengalaman tandas tradisional Jepun, boleh ke Higasyima, Kyoto. Tandas ini sebenarnya tandas tertua di Jepun sepanjang 35 meter dan seluas 14 meter kaki persegi. 

Tapi, tandas ini tak boleh digunakan, sebab dah jadi bahan sejarah. Datang tengok sajalah. 


BOLEH TENGOK JE, TAK BOLEH GUNA BAHAN SEJARAH
FOTO: NIPPON.COM


6- Tandas Enjin Toyota

Jepun memang terkenal dengan keretanya yang hebat-hebat, jadi sebuah restoran di Nagoya membina tandas dipenuhi dengan enjin dan peralatan kereta khas untuk Toyota. 

Sambil "melepas", boleh selidik enjin dan komponen kereta Toyota yang hebat itu. 


TANDAS DENGAN ENJIN TOYOTA
FOTO: NIPPON.COM

Jadi, ada berani guna tandas berikut? - CARI
6

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 10-7-2019 11:08 AM
tandas purba tu pakai untuk berak berjemaah kah?
Quote hasniey 10-7-2019 11:13 AM
Mmg cntik2 kecuali yg purba tuu

Skrg tandas rnr pon dh cntik.siap ada mini taman lg dlm tuu...semoga semua pengguna tndas awam kt malaysia jaga kbersihan la ye
Quote kucingitam 10-7-2019 11:16 AM
apsal bersih sgt ni..display ke?
Quote Kurex 10-7-2019 11:18 AM
Paling aku pantang, tepi mangkuk tandas tu ada sisa air kencing
Quote annabellaruz2 10-7-2019 11:24 AM
Harap semua bekerjasama menjaga keberishan tandas awam terutama di stesen minyak dan RnR lebuhraya di Malaysia.

Aku pantang betul org yg tak reti menghormati harta awam.

Nak lepas tangan serahkan pada pekerja2 pembersihan plak.

Walhal kat rumah, bukan ada org gaji pun!

Kat tempat awam berlagak pulak bersikap KETUANAN!

Bukan susah pun dah kencing, tolong simbah lantai dan dinding dengan air pancut yg dah sedia ada kat tepi tu.

Bukan kencing org lain, kencing sendiri je pun!
Quote RatuDunia94 10-7-2019 11:42 AM
Tandas dlm aquarium tu org nk berak pon x senang sbb penyu duk usha2 je..
Quote kaklong32 10-7-2019 12:02 PM
tandas emas tu masuk2 je mau pening bersinar2 sgt
Quote Artemesiaa 10-7-2019 12:03 PM
Dalam banyak2 diatas tandas aquarium je buat kurang selesa ikan dan penyu dok tengok orang lepas hajat
Quote ladybugs_12 10-7-2019 01:34 PM
macam2 ada....
jagalah kebersihan tandas kita...
Quote pakderis 10-7-2019 01:59 PM
ada yang menarik bila menggunakan bahan terpakai
Quote LostStar 10-7-2019 02:47 PM
tandas yang mengadap pantai tu mesti best.. aman jekkk rasa mata nengok..
Quote tuberoses 10-7-2019 04:25 PM
yg laut itu mcm best...dpt membuang dgn tenang dan lancar
Quote CikB 11-7-2019 09:34 AM
boleh lepak2 pulak dlm tandas kalau mcm ni....
Quote Mfzg89 11-7-2019 10:28 AM
tuberoses replied at 10-7-2019 04:25 PM
yg laut itu mcm best...dpt membuang dgn tenang dan lancar

Kalau duyung jantan ngedap lancar gak ke...
Quote sue_liah 11-7-2019 10:53 AM
tandas tu berak berjemaah ek..ko tgk aku aku tgk ko hahaha

yg lain tu mahal kemain, yg emas tu klau melepas kena tutup mata sbb silau
Quote Noraniza_Iblis 11-7-2019 10:57 AM
tp paling best toilet kt jepun..
boleh tekan music bunyi air flush tu..
n adjust volume..
utk kurangkan "bunyi" semasa proses meneran tu..
hahaha....
Quote yeos2 11-7-2019 02:36 PM
cantik silau nyaman semua ado
Quote puanbintang 16-7-2019 02:48 PM
tandas dalam akuarium tu mesti best..sambil membuang sambil bertegur sapa dengan haiwan yg lalu lalang
Quote b_n_c 17-7-2019 04:17 AM
hasniey replied at 10-7-2019 11:13 AM
Mmg cntik2 kecuali yg purba tuu

Skrg tandas rnr pon dh cntik.siap ada mini taman lg dlm tuu... ...

korang tahu tak kt malaysia ni tiap2 tahun ada pertandingan tandas peringkat kebangsaan utk beberapa kategori?

klu korang perasan tandas korang masuk skrg ni kbnyakan item dalam tandas tu ber label

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.134731 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top