"Ini merupakan fitnah jahat dilakukan mereka yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bagi merosakkan diri saya selaku Presiden UMNO." Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran Facebook menafikan menandatangani Surat Akuan Bersumpah menyokong peralihan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya tidak menandatangani surat berkenaan," tegasnya. Loading FB Post...
Antara butir dokumen akuan bersumpah bertarikh 2 Julai itu termasuk mengikut dan mematuhi apa sahaja keputusan yang diambil Anwar. Perkara itu turut dinafikan Menteri Dalam Negeri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Facebook. Loading FB Post... "Saya telah meminta pihak polis supaya menyiasat penularan dokumen palsu ini yang saya fikir adalah bertujuan untuk mencemarkan nama baik saya," tulisnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT