Antara banyak-banyak kereta yang ramai orang tidak suka sebab pemandunya bawa laju sangat adalah Perodua Myvi. Sesiapa yang pernah naik akan tahu betapa kuatnya kereta keluaran Malaysia ini akan bergegar kalau dipandu dengan laju.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter meluahkan apabila memandu Myvi terlalu laju, rasanya macam duduk dalam mesin basuh. Rupa-rupanya, ramai juga yang bersetuju dan salah seorang pengguna menyamakan gegaran di dalam Myvi macam "gempa bumi".
Malah, papan pemuka Myvi dikatakan bergegar macam Nokia 3310! Tetapi, ada juga pengguna yang menafikan dakwaan ini. Menurut mereka, Myvi model baharu lebih stabil walaupun ketika dipandu laju. Malah, pengguna sama turut mengambil peluang mengecam Perodua Kancil yang disifatkannya macam berada dalam puting beliung. Jadi, apa kata pengguna Myvi semua? Gegaran macam duduk dalam mesin basuh atau model baharu sebenarnya boleh tahan hebatnya? - CARI
|
msdummy.2018 replied at 8-7-2019 10:28 AM
apa kata bawa terus 200....boleh menuju terus ker hospital kan? tapi make sure tidak melibatkan org ...
shernazz replied at 8-7-2019 10:38 AM
Kalau menuju jalan ke kubur senang kak
Terus tanam.bersama kete..hahahahah
JunkMail replied at 8-7-2019 10:29 AM
Bbnu baru dapat stereng. Kete 1.3 drive mcm masuk litar. Takyah nak sembang kencang sangatlah..kete ...
ADVERTISEMENT