Penonton sebuah pawagam di Thailand dikejutkan dengan kematian seorang pesara warga Britain ketika menonton filem seram Annabelle Comes Home. Menurut Bangkok post, Bernard Channing, 77, dikatakan menonton filem berkenaan malam kelmarin di Pattaya.
Keadaan Channing disedari salah seorang pengunjung pawagam berkenaan sebaik tayangan filem itu tamat. Difahamkan, wanita berkenaan memaklumkan perkara itu kepada kakitangan pawagam sebelum menghubungi pasukan kecemasan jam 8 malam waktu tempatan. Lelaki dari Gedling, Nottingham itu disahkan meninggal dunia di dalam premis berkenaan sebelum mayatnya dibawa ke hospital di daerah Banglamung untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Jurucakap polis, Leftenan Kolonel Polpattham Thammachat berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai satu kematian di dalam pawagam sebuah pusat beli belah jam 8 malam. "Siasatan awal tidak dapat mengenal pasti bagaimana lelaki warga asing itu meninggal dunia, tetapi doktor akan menjalankan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian," katanya. Tambahnya, pihaknya percaya kematian itu tiada unsur jenayah dan Kedutaan Britain sudah dihubungi bagi memaklumkan keluarga Channing mengenai kematiannya. - CARI
|
Star_el replied at 4-7-2019 12:27 PM
weh benci lak aku pikir bukan2 pasal warga emas britain di thailand haish
Kurex replied at 4-7-2019 12:01 PM
Terkejut ke pakcik? Jumpscare cerita ni boleh diagak la
Star_el: weh benci lak aku pikir bukan2 pasal warga emas britain di thailand haish
Star_el replied at 4-7-2019 12:27 PM
weh benci lak aku pikir bukan2 pasal warga emas britain di thailand haish
ADVERTISEMENT