“Dia nak gantung gantunglah, gantung sampai mati saya tak kisah." Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan tidak peduli dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menggantungnya selama empat hari.
Keputusan itu dibuat selepas pemimpin Umno itu berkali-kali dicabar timbalan speaker berkenaan. Memetik Utusan, beliau bagaimanapun menegaskan akan terus hadir ke persidangan Dewan Rakyat dan menyifatkan keputusan Nga itu belum dikuatkuasakan. "Saya bebas bila nak masuk. Mungkin ada ada penilaian semula yang keputusan beliau itu melampau. “Nak gantung satu, dua, empat, 10 hari. Tidak ada gantung. Tak diputuskan. Dia (Kor Ming) cuba tapi keputusan itu tak dikuatkuasakan,” katanya. Tajuddin dilaporkan tidak berpuas hati dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang tidak menunggu untuk menjawab soalannya mengenai Program Tanaman Kontan, tetapi mewakilkan Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin, sekali gus mencetuskan petengkaran antara mereka. - CARI
Video: KiniTV
|
semerbak replied at 3-7-2019 04:11 PM
{:laugh pasir salak jadi pasir menyalak.
EvieWanKenobi replied at 3-7-2019 04:47 PM
tapi kenapa Menteri sendiri tak jawab soalan dia?
EvieWanKenobi replied at 3-7-2019 04:47 PM
tapi kenapa Menteri sendiri tak jawab soalan dia?
ADVERTISEMENT