Seorang pemuda membakar rumah pusaka selepas mendakwa melihat hantu, lapor Sinar Harian. Kejadian berlaku di Durian Guling, Marang dan lelaki terbabit yang juga pewaris rumah berkenaan dikatakan mengalami sakit mental.
Difahamkan, anggota bersama jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai tiba di tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira kira jam 11.39 pagi. "Siasatan anggota kita mendapati rumah itu dipercayai sengaja dibakar pemuda terbabit yang mendakwa rumah berkenaan ada 'hantu' dan panas berdasarkan pengakuan pemuda itu sendiri. "Namun, punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat dan pihak polis turut dipanggil ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan terhadap pemuda terbabit untuk tindakan selanjutnya," katanya. Tambahnya, rumah pusaka itu juga dipercayai menjadi sarang penagihan dadah. - CARI
|
ADVERTISEMENT