CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Lemas Jatuh Kolam Di Rumah Terbuka

2-7-2019 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4848| Komen: 27

Suasana gembira di rumah terbuka bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam landskap di sebuah rumah.

Memetik Berita Harian, kejadian berlaku di Kampung Labu, Lubok Merbau, Kuala Kangsar, kelmarin.



Foto: BH Online

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim, mangsa, Muhammad Aqil Irfan Muhammad Haffiez, 2, menghadiri rumah terbuka di rumah terbabit jam 10 pagi, kelmarin bersama ibunya berusia 38 tahun.

Razali berkata dalam satu kenyataan, ketika kejadian, mangsa bermain di luar rumah bersama saudara-mara lain sementara ibunya berada di dalam rumah.

Mangsa kemudian dipercayai terjatuh ke dalam kolam berkenaan sebelum disedari sepupunya berusia 16 tahun yang melihat mangsa tertiarap dalam kolam berkenaan.

Tambah Razali, seorang daripada saudara mangsa yang juga jururawat cuba memberi bantuan pernafasan sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.


“Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia jam 1 pagi tadi (semalam).

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

Hasil siasatan mendapati rumah berkenaan mempunyai kolam hiasan tidak berpagar sedalam kira-kira satu meter. Katanya, jarak antara rumah dan kolam itu kira-kira empat meter.

Sementara itu, ibu mangsa ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SWORKS27 2-7-2019 11:32 AM
kalau nampak susunan meja tu, keadaan mcm ada orang sepatutnya di sekitar tu..or udah menjadi sikap masyarakat ketika di rumah terbuka yang x ambil peduli hal persekitaran sebaliknya fokus terhadap makanan, seolah2 akan mati kalau x dpt makan...
Quote Acikgomen 2-7-2019 11:33 AM
Membawang sangat ke dekkkk sampai lupa ada anak kecik dok melompat kat luar rumah
Quote grouper 2-7-2019 11:35 AM
Rumah terbuka patut org ramai xde sape yg sedar ke bdk tu jatuh kolam..pelik betul bukan jatuh kolam terbiar jauh dari rumah
Quote Zazashar 2-7-2019 11:35 AM
Allahu.. tak pasal2..
Quote anony-mous 2-7-2019 11:39 AM
Xde sorang ke yg perasan? Yg mak nya pon serah 100% dekat ank sepupu.
Quote lolita737 2-7-2019 11:40 AM
2 tahun memang waktu budak2 lasak dan aktif teroka sana sini..

ibubapa memang xboleh leka sikit..memang mata kena fokus kat anak2..

apa2pun takziah utk keluarga  mangsa..semoga tabah menghadapi dugaan ini.
Quote Sasakim 2-7-2019 11:44 AM
murung lagi baca berita harini
Quote tri-max 2-7-2019 12:02 PM
tragedi yg boleh dielakkan tp tetap gak berlaku
harap ibu mangsa amik pengajaran
Quote RatuDunia94 2-7-2019 12:22 PM
Ni mesti jenismak bapak yg dok busy membawang pasal hal org.. tp dia x sedar anak dia tgh lemas..
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 01:22 PM
kalau pi mana-mana, check la persekitaran selamat ke tak untuk anak tu..
kalau nampak kolam-kolam ni, ikat la anak tu ketat-ketat..
budak ni nampak air biasa la..
dah jadi macam ni, menyesal pun tak guna..
lain la kalau hangpa senang beranak..
tahun depan je dapat anak lain buat ganti..
Quote ikanmasin 2-7-2019 02:44 PM
omak eh sibuk membawang sampai lupa biarkan anak kecik
mcm tu g main2 tanpa pantauan..skrg menyesal pun tak guna
ptt beli jer lah yg tali ikat kat tgn tu.at least sekitar tmpt mak nye jer
biarlah org nak ckp apa2.skrg dah jadi baru nak nyesal tak guna..
Quote puding_caramel 2-7-2019 03:01 PM
salam takziah kepada keluarga mangsa. Al-Fatihah
Quote t_hahahaha 2-7-2019 03:03 PM
ade jenis mak yg biar anak lepas bebas jek.konon anak bole bawa diri..anak aku 3 tahun kolam air pancut pun sibuk nk terjun, inikan budak baru 2 tahun..tengah gembira tgk air tuuuu
Quote yangsemb 2-7-2019 03:25 PM
Salam takziah, so sad...i cannot imagine how the mother is going to sleep for the rest of her life
Quote isteri_ayil 2-7-2019 04:11 PM
asbab je lah tu... dah sampai ajal
Quote assilem 2-7-2019 04:19 PM
sedihnya dengar cerita macam ni..aduhai
Quote meya 2-7-2019 04:19 PM
Tragis betul!

Kalau tegur ...anak orang...kita kena herdik.

Tak tegur...tengok apa dah jadi?
Quote gelas_pelastik 2-7-2019 04:49 PM
sedihnya
mak apak lain jadikan iktibar
Quote kaklong32 2-7-2019 05:38 PM
salam takziah, jadikan pengajaran la benda2 mcm ni
parents kene lebih peka dgn anak masing2

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.046787 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top